Games Arcades

Siapa yang suka subjek matematik? Jika zaman dahulu, orang panggil ilmu hisab. Salah satu subjek kegemaran anak adalah matematik tetapi dia sangat bosan dengan hanya membuat fakta matematik, kad kilat dan buku latihan kerja.

Nasib baik matematik adalah sesuatu yang boleh kita gabungkan dalam beberapa cara yang menarik. Tak kiralah daripada offline, online hingga board games yang bagus untuk perkembangan minda. Aku mula susun dan mula fikirkan apa yang akan dilakukan selepas waktu sekolah sebagai gantinya.

Belajar dan bermain sering dianggap tak seiringan, tapi secara umumnya anak-anak memang suka kepada aktiviti permainan. Maka kita kena cari juga minat anak terhadap mata pelajaran matematik atau subjek yang lain melalui kaedah pembelajaran secara permainan contohnya.

Games tulis nombor

Aku jumpa sesuatu yang menarik untuk anak, banyak jenis game sambil belajar.

Aktiviti berbentuk permainan ini ada pelbagai jenis. Boleh saja dibuat dengan perkara asas seperti menulis nombor, huruf dan mengenal bentuk. Kita boleh sukat tahap keberkesanan permainan untuk anak kecil mahupun hingga dewasa.

Pembelajaran melalui permainan sekarang ni memang dapat perhatian yang cukup baik dalam kalangan pelajar sekolah. Selain buku teks dan buku latihan kerja, kita gunakan kemudahan teknologi komunikasi yang canggih seperti telefon pintar dan tablet.

Game bentuk
Game math

Pelajar masa sekarang ni memang nak teknologi digunakan dalam memajukan pembelajaran mereka selain pembelajaran tradisional.

Pembelajaran menerusi permainan semakin popular dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah dengan adanya pelbagai jenis aplikasi menarik yang dibangunkan. Aplikasi ini sering mempunyai interface yang menarik, interaktif dan mesra pengguna.

Semua ni telah berjaya menarik minat kanak-kanak dan pelajar untuk menggunakan permainan sebagai kaedah alternatif untuk belajar. Untuk nak bersantai main game dam ular pun ada, tak perlu susah-susah bawak papan dan buah dadu.

Belajar sambil bermain

Salah satu cara kegemaran selepas latihan matematik dengan anak, ialah dengan bermain permainan papan. Banyak jenis permainan papan untuk kanak-kanak dengan baik dengan matematik, mengira mata, atau bahkan hanya menambah nombor pada dadu.

Kit permainan ini digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah melalui cara berfikir dan ini merupakan satu usaha untuk membuat penyampaian pembelajaran lebih menarik.

Konsep ini kita boleh rujuk kepada penggunaan permainan dan merupakan kaedah menyelesaikan masalah melalui cara berfikir yang kreatif. Tambah pula dengan strategi yang baik semasa bermain untuk mencapai kemenangan, mesti anak-anak suka.

Belajar sambil bermain

Jadi, kepada yang pening nak bagi permainan online apa untuk anak-anak, boleh je ke senarai permainan online ni. Dengan penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan permainan, kita jadikan pembelajaran Matematik itu mudah, seronok untuk dipelajari, dan difahami.

Dah habis buat latihan dan ada peningkatan, bolehlah kita berikan ganjaran atau hadiah. Itu semua akan jadi faktor pendorong untuk meningkatkan usaha mereka dalam mempelajari subjek matematik dan lain-lain.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge