Hukum sambut halloween

Halloween merupakan perayaan yang disambut pada 30 Oktober setiap tahun bagi memperingati orang yang telah mati. Halloween juga disebut dengan Hallowe’en dan perayaan ini juga disebut sebagai All Hallow Eve atau All Saints’ Eve.  Ada juga yang bertanyakan tentang hukum sambut atau berpakaian Halloween.

Perkataan Halloween atau Hallowe’en muncul dalam tahun 1745M dan agama kristian dikatakan memulakan penggunaannya.

Perkataan halloween bermaksud “hallowed evening” atau “holy evening” (petang yang mulia) dan dikatakan juga berasal dari bahasa Scotland (Scottish). Orang Celt di Scotland dikatakan merayakan perayaan ini dengan tradisi paganisme sempena musim menuai mereka.

Perayaan ini selalunya disambut pada waktu malam dan dilakukan dengan berpakaian aneh dan berjalan dari pintu ke pintu rumah dan meminta gula-gula atau coklat dengan berkata “Trick or treat!”. Ucapan “Trick or treat!” merupakan semacam “ugutan” yang membawa maksud “Beri kami (gula-gula) atau kami buat kacau.”

Hukum Sambut Halloween

Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.A :

Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. – Riwayat Abu Daud (4031)

Berdasarkan hadis di atas maka seorang Muslim itu dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat atau adat perayaan yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai perkara-perkara tersebut.

Al-Imam al-San’ani Rahimahullah berkata bahawa hadis di atas menunjukkan barang siapa yang menyerupai orang-orang fasiq ataupun kafir ataupun orang yang melakukan bid’ah dalam apa jua perkara yang dikhaskan padanya dari segi pemakaian, tunggangan ataupun gerak-geri tingkah laku maka dirinya tergolong dalam kalangan mereka.

Baca juga : 7 Ciri-ciri Wanita Akhir Zaman Yang Terkena Fitnah Dajjal

Hukum Umat Islam Sambut Halloween

Setiap kali tibanya Oktober, restoran, pusat beli-belah, taman-tema dan pusat hiburan di Malaysia turut melakukan promosi bersempena Halloween.

Apa yang membimbangkan, anak muda beragama Islam di negara ini turut meraikan sambutan itu dengan mengenakan mekap wajah seram dan pemakaian pelbagai kostum mengikut tema yang ditetapkan.

Dalam al-Quran Allah berfirman yang maksudnya; Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di bumi yang halal dan baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi mu  – [Al-Baqarah, ayat 168].

Ayat di atas secara terang-terangan larangan Allah agar manusia menjauhi syaitan kerana makhluk itu adalah musuh bagi umat Islam tetapi perayaan meraikan hantu pula dilakukan.

Baca juga : Apa Itu Perayaan Bon Odori?

halloween tokyo

Mufti Negeri Pahang, S.S Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman juga berkata bahawa umat Islam haram hukumnya untuk menyambut hari Halloween. Selain hari Halloween, beberapa lagi hari sambutan kesan pengaruh barat seperti Valentine’s Day dan April’s Fool juga haram diraikan kerana berkait rapat dengan unsur agama lain.

Sambutan-sambutan sebegini merupakan agenda luar untuk menyesatkan akidah umat Islam dengan cara yang tidak disedari.

Kesimpulannya, ditegaskan sekali lagi bahawa hukum sambut Halloween bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge