Tidak kira betapa berhati-hati anda semasa menggunakan laptop, senario berikut mungkin berlaku: Anda tertumpah segelas air atau minuman lain pada permukaan laptop secara tidak sengaja. Anda pasti bimbang bahawa komputer anda akan mengalami kerosakan dan tidak boleh diperbaiki lagi.
Jangan panik, situasi anda mungkin sebenarnya tidak seburuk yang anda sangkakan. Sesetengah laptop yang telah mengalami kerosakan oleh air masih boleh digunakan selepas dibaiki.
Apa yang penting sekarang adalah cara anda bertindak apabila menghadapi situasi ini dan sama ada anda mengambil tindakan dengan cukup cepat untuk meminimakan kerosakan pada komputer riba anda.
Tahap kerosakan oleh air boleh memberi kesan yang berbeza-beza pada laptop.
Bagaimanakah Anda Boleh Menyelamatkan Laptop Daripada Kerosakan Oleh Air?
Semakin lama laptop anda terdedah kepada air, semakin besar kemungkinan ia mengalami kerosakan kekal. Oleh itu, adalah amat penting untuk mengambil tindakan dengan cepat untuk mengehadkan pendedahan air pada laptop anda. Cara anda bertindak balas dalam beberapa minit pertama selepas tumpahan air mungkin akan menentukan sama ada laptop anda dapat dibaiki atau anda perlu menggantikan laptop anda dengan yang baru.
Apabila air tertumpah, matikan laptop anda secepat mungkin. Jangan berlengah-lengah kerana setiap saat adalah penting. Tekan butang kuasa dengan lebih lama untuk memastikan laptop anda dimatikan sepenuhnya. Anda juga harus mencabut komponen lain seperti pemacu kilat USB dan kabel kuasa komputer.
Seterusnya, gunakan tuala atau kain yang kering untuk mengelap air yang berlebihan daripada permukaan komputer riba termasuk pada lubang port, lubang USB, dan keyboard. Selepas selesai menggelap, terbalikkan laptop anda dan biarkan ia kering di atas tuala yang kering untuk beberapa jam atau untuk seharian.
Sebaik sahaja anda yakin laptop anda telah kering dengan sepenuhnya, bawalah ia ke kedai repair komputer berdekatan anda untuk dibaiki.
Walaupun permukaan luar komputer kelihatan sangat kering, mineral dalam air mungkin kekal pada komponen dalaman penting dalam komputer.
Bagaimana Anda Tahu Sama Ada Laptop Anda Mengalami Kerosakan Air?
Oleh sebab terdapat banyak punca kerosakan air yang berbeza-beza, adalah penting untuk memperhatikan tanda-tanda masalah kerosakan oleh air walaupun anda tidak mengalami tumpahan.
Antara isu yang mungkin memerlukan perhatian daripada pakar IT termasuk:
● Kemunculan warna putih atau perubahan warna lain pada motherboard komputer
● Kekunci pada keyboard komputer tidak berfungsi dengan baik
● Terdapat gelembung udara atau air di skrin laptop
Bagaimana Geld Technologies Boleh Membantu Baiki Kerosakan Air Pada Laptop Anda?
Geld Technologies menawarkan servis baiki MacBook, dan servis pemulihan data komputer untuk pelanggan mereka apabila komputer mereka terdedah kepada air.
Pasukan mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri IT untuk perkhidmatan baiki PC dan komputer jenis Apple. Walaupun sudah beberapa hari telah berlalu sejak komputer anda terkena air, ianyanya masih mempunyai peluang untuk dibaiki. Juruteknik IT mereka sering baiki iPad dan komputer yang telah mengalami penumpahan air di atasnya.
Jika anda tidak dapat membawa laptop anda ke kedai mereka, anda boleh hubungi mereka untuk mengatur pengambilan dan penghantaran laptop anda yang rosak dari rumah atau pejabat anda.
Pasukan Geld Technologies dapat menyediakan penyelesaian pantas untuk pelbagai isu laptop dengan cekap. Dengan bantuan mereka, komputer anda selalunya boleh berfungsi setelah dibaiki dan anda tidak perlu membeli komputer yang baru. Hubungi mereka hari ini untuk mengetahui tentang servis baiki laptop akibat kerosakan oleh air dan perkhidmatan IT lain dengan lebih lanjut.