tips mendidik si kecil menabung

Sebagai ibu bapa, apa perkara pertama yang terlintas di fikiran kita apabila berbicara tentang masa depan anak-anak? Kebahagiaan mereka? Kejayaan mereka? Atau adakah kita lebih risaukan cabaran yang mereka bakal tempuhi?

Dalam dunia yang penuh dengan perubahan pantas ini, harapan kita untuk anak-anak sering disulami kebimbangan. Namun, setiap harapan juga membawa impian, dan di sinilah letaknya keindahan menjadi ibu bapa. Kita sentiasa berusaha mencorakkan masa depan mereka dengan warna yang paling cerah.

Setiap ibu bapa pasti pernah bertanya:
“Apa masa depan yang menanti anak-anak kita?”

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Tetapi dalam dunia yang semakin pantas berubah, cabaran yang dihadapi semakin besar. Berikut adalah 3 ancaman utama kepada masa depan anak-anak kita:

1- A.I. semakin maju dan menggantikan pekerjaan.
Teknologi kini berkembang dengan pantas, menjadikan banyak pekerjaan tradisional tidak relevan. Bagaimana anak-anak kita dapat bersaing jika mereka tidak bersedia?

2- Tekanan akademik yang semakin berat.
Sekolah cuba menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, tetapi akibatnya beban kerja semakin bertambah, menyebabkan tekanan luar biasa kepada anak-anak.

3- Masalah kesihatan mental semakin kritikal.
Statistik menunjukkan 1 dalam 3 kanak-kanak kini mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan yang melampau.

masa depan anak
gambar hiasan

FUTURE-READY Bootcamp Anak Anda

Nak tahu tak? Ada program menarik oleh MoneyTree Asia Pacific, sesi Future-Ready Bootcamp yang bakal berlangsung Sabtu ini (30 November 2024) di GSC Midvalley. Program ini bertujuan untuk memberikan anak anda kemahiran penting seperti:

  • Kemahiran Kewangan: Anak anda akan belajar asas literasi kewangan, termasuk cara membuat keputusan perbelanjaan yang bijak.
  • Kemahiran Pembelajaran Pantas: Mereka akan mempelajari cara meningkatkan daya ingatan dan pengurusan stres untuk mengurangkan tekanan akademik.
  • Kemahiran Teknologi Baru: Supaya mereka sentiasa relevan dalam dunia moden.
  • Kesejahteraan Mental: Melatih daya tahan emosi untuk mengatasi cabaran hidup dengan lebih baik.

Apa yang Menarik di Sesi Ini?

Untuk Ibu Bapa:

  • Seminar 1 jam tentang ancaman kepada masa depan anak-anak dan penyelesaiannya.
  • Tips praktikal untuk membantu anak-anak mengatasi tekanan.

Untuk Anak-Anak (9-12 tahun):

  • Bengkel interaktif selama 1 jam, termasuk kuiz pantas, aktiviti teka-teki, dan cerita menarik.
  • Aktiviti untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan keyakinan diri.

Tayangan Filem:
Sesi ini akan diakhiri dengan tayangan MOANA 2 yang pasti disukai oleh anak-anak anda!

event poster

Tawaran Istimewa untuk Ibu Bapa

Harga asal: RM250
Harga promosi: HANYA RM99
Daftar sebelum 28 November 2024 untuk menikmati diskaun hingga 60%!

Lokasi: GSC Midvalley
Durasi: 3 jam
Peserta: Terhad kepada 30-40 orang sahaja.

Jangan lepaskan peluang eksklusif ini. Imbas kod QR pada poster atau daftar di sini: https://peatix.com/event/4205598.

Money Tree Sampler Mid Valley

Walaupun kita menyimpan banyak harapan untuk mereka, kita sedar bahawa masa depan anak-anak adalah perjalanan mereka sendiri. Kita hanya boleh membimbing, memberikan peluang, dan menjadi sokongan mereka.

Yang penting, kita mahu mereka tahu bahawa kita akan sentiasa berada di sisi, tidak kira apa yang berlaku. Setiap langkah yang mereka ambil, kita ada untuk menyokong dan meraikan kejayaan mereka, sekecil mana pun.

Berikan anak anda kelebihan untuk bersedia menghadapi masa depan yang penuh cabaran. Anak-anak anda pasti berterima kasih kelak. Jom join FUTURE-READY Bootcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge