Pmyt sittah annur

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap seorang wanita yang juga pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Siasatan menjurus kepada penularan rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh akidah serta ajaran Islam melalui laman sosial YouTube menggunakan akaun Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT, serta di pelbagai platform media sosial lain sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata di antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit yang mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, Malaikat dan Nabi Muhammad SAW.

perjalanan mimpi yang terakhir sesat

Wanita ini mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT.

Suspek ini dikenal pasti serta sudah diambil keterangan dan pada masa ini PDRM dalam usaha mengesan serta mengenal pasti individu lain yang terbabit dalam kes ini bagi melengkapkan siasatan.

Tular dalam media sosial mengenai seorang wanita bergelar Sittah Annur dikaitkan dengan PMYT dan mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

sittah annur

Wanita yang bergelar Sittah Annur itu berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah, sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Wanita itu juga mendakwa dirinya memiliki keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan.

Abd Jalil berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (Kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan atas alasan agama).

2 Comments

  1. Gerakan seperti ini sangat membahayakan Kang karena sifat ajarannya menyesatkan. Sama halnya seperti di Indonesia, hal-hal seperti ini juga ada muncul di beberapa daerah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge