‘Abang Viva’ atau nama sebenar Azwan Omar, 29, diberi penghargaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas keprihatinannya membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam, baru-baru ini.
Sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah disampaikan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed.
Azwan turut berkongsi video di aplikasi TikTok menyatakan penghargaan yang diterima itu atas berkat doa keluarga dan orang ramai.
“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua. Saya telah menerima penghargaan Adiwira Prihatin Musibah,” katanya.
Kisah ‘Abang Viva’ tular di media sosial selepas usahanya untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, sehingga sanggup datang dari Melaka dengan berbekalkan wang RM50 hanya untuk mengisi minyak kereta dan membeli makanan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka juga mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29 atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’, yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata, beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri berkenaan.
Niat yang ikhlas selalu menerima balasan yang mencurah-curah.
Saiful recently posted…Azam dan 2022