Kenapa anda cari cara buat duit dengan YouTube ? Mungkin baru sedar betapa hebatnya pemasaran guna YouTube.

Pernah tengok video ‘prank’, sketsa atau lawak bodoh yang semata-meta nak dapat ramai penonton ?

Tujuan video macam ni sebenarnya  untuk dapat bayaran daripada YouTube. Ia dipanggil Monetization. Maksudnya YouTube bayar bila anda dapat sejumlah viewer atau subscriber yang mereka tetapkan.

Masalahnya nak hasilkan content video yang menarik dan kualiti yang baik bukannya senang. Kena ada kemahiran dan latihan yang lama. Anda mungkin tak cukup sabar.

Kali ini nak diperkenalkan salah satu cara dari pelbagai cara nak buat duit di Youtube.

Kita gunakan Affiliate Marketing di ProductLink

Secara ringkasnya kita menggunakan sistem affiliate dengan link yang sudah dicustomize dan promosikan di Youtube.

Untuk permulaan, terus sahaja ke ProductLink dan buat pendaftaran baru.

Isikan Nama, email, kata laluan, negara dan nombor telefon bimbit.

Satu email notification akan dihantar dan semak email anda, klik untuk pengesahan daripada Product Link.

Kemudian, klik bar “Create ProductLink” yang berwarna hijau.

Buka Youtube Channel anda dan ambil link video yang ingin anda masukkan iklan link.

Tips saya, buka youtube dashboard dan kemudian ke analytic. Pilih data untuk 7 hari dan daripada situ dapat lihat video mana yang sedang rancak viewnya. Pilih beberapa link untuk dimasukkan nanti.

Untuk produk, boleh pilih mana-mana sahaja senarai yang ada.

Kemudian, akan keluar link sebegini contohnya

Copy dan paste kan di description Video Youtube kita yang dipilih tadi. Gunakan kreativiti untuk ayat atau paste sahaja link tersebut.

Selesai.

Anda bekerja keras untuk membuat kandungan video anda. Sudah tiba masanya untuk memaksimumkan pendapatan dengan link produk. Oh ya, link boleh digunakan juga dengan Instagram Story jika mempunyai lebih 10,000 followers dan boleh gunakan cara “Swipe Up” untuk link tersebut.

Setting di bahagian payment dan profile anda perlu dikemaskini dengan data yang betul untuk pembayaran. Minimum pengeluaran adalah 20 USD.

Mudah kan guna ProductLink ni? Baru tahu juga hari ini. Sebab tu share kepada yang minat untuk buat affiliate ni. Tiada yuran yang kena bayar. Rajin buat promosi, Inshaa Allah ada yang dapat dah tu.

Cara baru & mudah untuk mendapatkan wang dengan ulasan produk berasaskan YouTube —>> PRODUCTLINK

Ada yang kurang faham, boleh ikut step di video ni.

Kesimpulannya, walau apa cara sekalipun yang akan anda cuba untuk membuat duit di YouTube atau melalui YouTube, anda harus tahu matlamat sendiri dan perlu kreatif dalam menghasilkan apa jua produk, video atau perkhidmatan. Peluang yang terbentang luas perlu direnangi dengan bijak supaya anda tidak terus tenggelam di dasar.

p/s : Ada yang kurang faham sikit? boleh komen di bawah atau emel ke admin@gengborak.com

4 Comments

      1. Hai sorry x berapa nak phm la ble bg pencerahan lg x caranya

  1. Hai sorry x berapa nak phm la. Ble explain lg x tweutama ttg utube tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge