Selepas mengharungi perjalanan dengan berjalan kaki selama 11 bulan, seorang jemaah akhirnya tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Jemaah itu menyempurnakan perjalanan sejauh 6,500 kilometer (km) dari Wolverhampton, Britain ke kota Makkah di Arab Saudi.

Jemaah itu merupakan warga Britain berusia 52 tahun, Adam Muhammad. Warga Britain yang berasal dari Kurdistan itu berasa gembira sebaik tibanya di bandar itu. Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya.

Adam berkata, dia memulakan perjalanan ke Makkah dengan berjalan kaki dari Britain sejak 10 bulan dan 26 hari lalu.

Perjalanannya melalui sembilan negara, untuk sampai ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Sepanjang perjalanan, dia melalui Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum memasuki Arab Saudi.

ADAM MUHAMMAD TIBA DI TANAH SUCI

Menurut Adam, dia mengharungi pelbagai rintangan dan kesukaran dalam perjalanan yang penuh cabaran, termasuk cuaca buruk.

Setibanya di Makkah, dia berkata, “Haji adalah keinginan saya yang paling tinggi dan impian teratas saya,” katanya.

Adam Muhammad

Bercakap kepada pemberita, Adam berkata, dia bangun pagi suatu hari dan berhasrat untuk berjalan kaki bagi menunaikan haji dan dia berjaya melakukannya.

Arab Saudi telah mengumumkan prosedur baharu bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah haji tahun ini, dengan persiapannya untuk menerima satu juta jemaah dari dalam dan luar Kerajaan.

Semoga Adam Muhammad dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge