Adibah Noor Meninggal Dunia 1

Selebriti terkenal Adibah Noor disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8.15 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida.

Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi mStar enggan berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai pemergiaan Adibah Noor.

“Ya… memang betul Adibah Noor sudah meninggal dunia di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwah.

“Arwah meninggal dunia sekitar pukul 8.15 malam tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia meninggal tapi tak berani nak kongsi,” katanya kepada mStar.

Adibah Noor Meninggal Dunia

Perkara itu juga mula tular di Twitter dan media sosial yang lain.

Baru-baru ini, penyanyi berkenaan membuat kemunculan mengejutkan apabila badannya kelihatan semakin susut.

Dilaporkan beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) sejak mula mengamalkan pemakanan sihat dalam tempoh dua bulan lalu.

dalam temu bual bersama wartawan, Adibah hanya memberitahu perubahan ketara berkenaan adalah disebabkan amalan pemakanannya, iaitu dengan memilih diet yang lebih sihat semenjak bulan Ramadan lalu.

Adibah Noor Meninggal Dunia

Sepanjang hayatnya, Adibah dikenali sebagai individu yang senang mendekati pengikut dan peminatnya menerusi platform media sosial.

Allahyarhamah antara lain diingati sebagai figura umum yang suka mendidik berkaitan penguasaan bahasa Inggeris, selain berkongsi cerita seni persembahan dan kesedaran menjaga alam sekitar serta haiwan terutamanya kucing.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge