Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Air Force The Movie Selagi Bernyawa merupakan sebuah filem yang epik dan penuh aksi berkonsepkan ketenteraan bakal mengegarkan pawagam di seluruh negara bermula 25 Ogos ini.

Majlis pelancaran filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan disaksikan oleh Pengerusi Multimedia Group, Tan Sri Khalid Abu Bakar di No 8 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Affendi dalam ucapannya berkata, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mampu berdiri sama tinggi dengan filem-filem yang bertaraf antarabangsa.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

“Lebih menarik adalah apabila ianya memfokuskan terhadap perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk ditayangkan kepada khalayak umum.

“Sekaligus sebagai tanda pengiktirafan serta penghargaan buat seluruh warga TUDM yang telah 64 tahun, dengan jayanya mempertahankan ruang udara pertiwi tercinta ini,” katanya.

Filem ini tidak hanya menawarkan babak aksi semata-mata untuk menagih pujian penonton.

“Setiap babak ketenteraan telah dibincang bersama bagi memperlihatkan sedekat mungkin situasi yang sebenar kepada para penonton. Kelebihan sebegini meyakinkan saya bahawa filem ini bakal dinobatkan sebagai salah sebuah filem aksi tempatan yang terbaik untuk tahun 2022,” ujarnya.

Air Force The Movie : Selagi Bernyawa

Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama pasukannya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan.

Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Mengetahui perkembangan ini, TUDM telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See lakonan Datuk Adi Putra; Aiman Hakim Ridza; Pablo Amirul; Sara Ali; Nas-T; Luqman Hafidz; Johan As’ari; Jack Tan; Iman Corinne; Anas Ridzuan; Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Baca juga : Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat, Temui Penonton 23 Jun Ini

Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Pihak penerbit amat teruja untuk mempersembahkan sebuah filem yang epik ini untuk membangkitkan semangat patriotisma sempena sambutan Hari Kebangsaaan yang ke-65 nanti.

“Bagi kami penerbitan filem tempatan bukan sahaja bermotifkan keuntungan dan hiburan semata-mata, tetapi ia juga adalah satu tanggungjawab sosial dalam kami mengangkat aspek seni, budaya dan mesej negara supaya dapat diterjemahkan ke dalam sebuah karya perfileman”

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada tahun ini, kisah-kisah dan pengorbanan wira-wira yang tidak didendang di negara kita, seharusnya diwar-war dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat,

Justeru Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Ogos tahun ini tersirat unsur perpaduan, kekeluargaan, persahabatan dan yang paling penting semangat patriotisma.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM; Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia, Datuk Steven Lim; Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM bersama 5 syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertaimant, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Flims dan SixFun Media. – Kredit : airtimes.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge