Iqbal pijak duit

Baru saja lagu Ahmad Iqbal Zulkelfi berjudul Hujan makin sohor kini di kedudukan nombor satu di YouTube Malaysia, sudah ada cakap-cakap tidak enak mengenai usahawan itu di media sosial. Warga maya antaranya berkata, mereka hampa dengan perbuatan Iqbal itu serta menyifatkan perbuatan dipamerkannya sebagai angkuh.

Menjengah ke ruang komen Instagram individu yang sering dikaitkan dengan usahawan Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida itu, didapati segelintir netizen mengkritik dan mengecam tindakannya yang memijak sejumlah wang RM50 yang bertaburan di lantai.

“Baru nak sokong lagu baru tu tapi bila tengok video sepak-sepak duit, terus jadi tak suka. Riak sungguh,” kata seorang netizen.

Iqbal pijak duit

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada wang kertas tersebut adalah asli atau palsu.

Untuk rekod, semalam Iqbal membuktikan keseriusannya berkecimpung dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single pertamanya berjudul Hujan.

Video yang mula tular di aplikasi TikTok itu muncul selepas penyanyi Ariff Bahran berkongsi rakaman memaparkan bekas pembantu peribadi Vida itu sedang menjalani penggambaran di sebuah lokasi.

“Ya Allah, banyaknya duit berterabur ni. Iqbal, kutip semula duit kau.

“Banyaknya, dipijak-pijaknya duit,” tegur Ariff kepada Iqbal dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Iqbal tidak memberi sebarang respons sebaliknya terus menyeret serta memijak wang di lantai.

Baca juga : Biodata Ahmad Iqbal, Penyanyi Lagu Hujan

Video itu turut mengundang perhatian pelakon Aeril Zafrel, yang meninggalkan komen berbaur sinis terhadap aksi tersebut.

“Aku duit 10 sen pun tak berani nak langkah,” katanya.

Nama Iqbal tidak asing lagi selepas dia mengundang perhatian ekoran hubungan cintanya dengan Vida yang didakwa terputus di tengah jalan. Sementara itu, Iqbal hanya membalas ringkas pada komen yang mengecam tindakannya yang disifatkan ramai tidak menghormati rezeki.

“Oh yang ini viral di Tiktok ya? Jangan silap faham dulu. Saya tidak tahu video tu dirakam. Nanti saya jelaskan ya. Jangan risau saya tahu batas menghargai rezeki,” katanya.

Penjelasan Iqbal Tentang Video ‘Pijak Duit’

Sumber IG @ahmadiqbalzulkefli

ISU PIJAK WANG.

Tidak mungkin saya sedangkal itu memijak wang. Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk. Ketika itu kami semua mahu cepat kemaskan studio.

Oleh kerana terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar.Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang.

Saya maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah. Jika ada yang terbuka hati untuk faham perkara sebenar, saya bersyukur.

Jika masih tidak faham, tidak mengapa asalkan saya tahu saya masih waras.Bagi yang baru mengikuti saya, cuba lihat post saya 2009 sehinggalah 2021 sebelum viral bermula. Itu adalah diri saya.

Hanya saya yang tahu hal sebenar; perit untuk saya tangani. Saya merayu tolong bersihkan semula nama saya tentang isu ini. Terima kasih kepada yang sudi memahami.

5 Comments

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge