1.2K+Shares

Aku Yang Kau Gelar Isteri ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Nadia Brian, Adi Putra, dan Sharifah Sakinah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 17 Februari 2021 menggantikan Takdir Yang Tertulis.

Drama : Aku Yang Kau Gelar Isteri
Jumlah Episod : 15
Mula Tayangan : 17 Februari 2021
Waktu Siaran : Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

Barisan Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri

  • Nadia Brian sebagai Raihani
  • Adi Putra sebagai Ezlan
  • Sharifah Sakinah sebagai Laila
  • Atiq Azman sebagai Pian
  • Baby Azreen sebagai Maryam
  • Aznah Hamid sebagai Mak Lang
  • Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
  • Kuza sebagai Mak Su
  • Zaki Azeman sebagai Naim
  • Lana Nordin sebagai Embun
  • Ummar Dzariff sebagai Rais

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Lakonan Adi Putra dan Nadia Brian

Drama ini mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Saksikan drama ini sehingga tamat.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 1

Episod 1 LINK VIDEO

Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan.

Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 2

Episod 2 LINK VIDEO

Melayari alam perkahwinan, hidup Raihani, 25 dan Ezlan, 25 diserikan dengan dua orang cahaya mata iaitu Rais, 6 dan Ain, 4. Mereka masih lagi tinggal di rumah Mak Lang, 57. Walaupun telah lama tinggal serumah, namun Mak Lang masih bersikap dingin terhadap Raihani.

Raihani sudah lelah dengan sikap Mak Lang hanya menjalankan kehidupan biasa seperti seorang isteri dan menantu. Suatu malam, Ezlan sekeluarga pulang daripada surau selepas solat Isyak. Saat melintasi kawasan rumah Azizah, Ezlan terpana melihat sosok tubuh wanita yang samar-samar kelihatan wajahnya berdiri di tangga lalu masuk ke dalam rumah.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 3

Episod 3 LINK VIDEO

Sejak peristiwa itu, Ezlan menjadi kekok untuk bertemu dengan Laila yang sering mengunjungi rumahnya. Kecantikan Laila turut dipuji oleh Mak Lang yang kabur mata dek kekayaan yang dimiliki Laila. Actually, Mak Lang puji Laila bukan sebab cantik, tapi sebab dia kaya, ada duit dan pandai bergaya.

Walaupun Laila sudah pulang ke bandar beberapa minggu yang lalu, suara halus Laila masih terngiang-ngiang di telinga Ezlan. Bagai ada bisikkan/ humming yang mengajaknya untuk terus mengingati Laila. Kelalaian Ezlan bekerja di kebun membuatkan Pak Salleh marah. Ezlan sudah tidak serajin dulu.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 4

Episod 4 LINK VIDEO

Tiga bulan berlalu, Ezlan tidak pernah pulang ke kampung. Dia tinggal dalam rumah Laila tanpa ada sebarang ikatan yang sah. Ini kerana Ezlan sudah terkena sihir minyak senyonyong yang di calit oleh Laila. Laila enggan melepaskan Ezlan dan mahu mendirikan rumahtangga dengan lelaki itu.

Ezlan di lamun dilemma kerana perhubungannya dengan Laila masih menjadi rahsia dan tidak pernah diketahui oleh Raihani. Ezlan lemah dengan pujuk rayu Laila yang manja dengan menaburnya dengan kemewahan. Ezlan hairan, kata-kata Laila seumpama mantera yang merasuk jasadnya untuk tunduk dengan Laila.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 5

Episod 5 LINK VIDEO

Laila seakan sudah dapat membaca, segalanya percaturannya akan berjaya. Tidak sia-sia dia bertemu dengan Mak Cik Embun, 60an, selepas berpindah dari kampung tujuh tahun yang lalu. Laila terimbas kembali kesengsaraan dan keperitan yang dilaluinya sepanjang persahabatan dengan Raihani dan Ezlan.

Oleh kerana dirinya yang tidak cantik, Laila bertekad menggunakan susuk bagi tujuan penaik seri untuk menggoda mana-mana lelaki yang disukainya seterusnya menyiksa kehidupan lelaki itu dengan sihir.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 6

Episod 6 LINK VIDEO

Raihani dan Ezlan telah berkahwin dan bahagia selama sembilan tahun dan dikurniakan dua orang anak, Rais dan Ain. Pada suatu hari, rakan mereka yang telah lama hilang, Laila telah kembali ke kampung halaman mereka.

Suatu ketika dahulu, ketika mereka masih muda, Laila menyukai Ezlan tetapi cintanya hancur apabila Ezlan tekad memilih Raihaini sebagai isteri dan bukannya dia. Kerana rasa dirinya ditolak dan tidak dihargai langsung, dia meninggalkan kampung halaman dan berjanji akan kembali sebagai Laila yang ‘baru’. Sekarang, Laila lebih cantik dan kaya-raya, dia bertekad untuk memenangi kembali Ezlan … dengan bantuan ilmu hitam.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link Episod 7

Episod 7 LINK VIDEO

Kemarahan Raihani di sambut dengan lembut oleh Laila yang suka bermuka- muka. Laila berterus terang dengan Raihani yang dia telah jatuh cinta dengan Ezlan. Namun, Raihani bukanlah perempuan bodoh dan beranggap Laila sudah memperdayakan suaminya. Pada mulanya, Laila dapat mengawal emosi. Namun, lama kelamaan dia merasa panas dan tidak senang duduk. Dia menjadi marah dan baran.

Sehinggalah Laila rasa terhina apabila Raihani menampar lalu mengusirnya daripada rumah. Ini adalah kerana sikap Laila yang kurang ajar mengatakan Ezlan telah menidurinya sejak berhijrah ke bandar. Laila tenang, seperti sudah dapat membaca tindakan Raihani. Dia tahu, Raihani mesti sudah memagar sekeliling rumah. Laila memecahkan ‘pagar’ rumah lalu mula membaca mantera. Kini, belaan Laila sudah berjaya menembusi rumah Raihani.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 8

Episod 8 LINK VIDEO

Ezlan lantas menumbuk dan memukul Pian bertalu-talu wakalupun Pian berulang kali mengatakan dia tidak berlaku buruk terhadap Raihani. Raihani yang masih trauma cuba memberitahu Ezlan yang dia telah diganggu oleh satu lembaga ketika mandi dan Pian Cuma menyelamatkan dirinya yang sedang trauma. Ezlan yang berada di luar kawalan lantas melafazkan talak kepada Raihani.

Perkara itu telah disaksikan oleh Laila, Pak Salleh, Mak Lang dan anak-anaknya. Laila rasa puas dengan tindakan Ezlan. Dia bertemu dengan Raihani, tanpa pengetahuan Ezlan. Laila mengatakan yang dia sanggup lakukan apa saja cara demi mendapatkan Ezlan. Raihani telah dapat mengagak perbuatan kotor yang dilakukan oleh Laila untuk memecahbelahkan rumahtangganya.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 9

Episod 9 LINK VIDEO

Ezlan lantas menumbuk dan memukul Pian bertalu-talu wakalupun Pian berulang kali mengatakan dia tidak berlaku buruk terhadap Raihani. Raihani yang masih trauma cuba memberitahu Ezlan yang dia telah diganggu oleh satu lembaga ketika mandi dan Pian Cuma menyelamatkan dirinya yang sedang trauma.

Ezlan yang berada di luar kawalan lantas melafazkan talak kepada Raihani. Perkara itu telah disaksikan oleh Laila, Pak Salleh, Mak Lang dan anak-anaknya. Laila rasa puas dengan tindakan Ezlan. Dia bertemu dengan Raihani, tanpa pengetahuan Ezlan. Laila mengatakan yang dia sanggup lakukan apa saja cara demi mendapatkan Ezlan. Raihani telah dapat mengagak perbuatan kotor yang dilakukan oleh Laila untuk memecahbelahkan rumahtangganya.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 10

Episod 10 LINK VIDEO

Ain berkongsi perkara itu dengan Rais tentang Laila. Rais turut mengakui dia merasa tidak selesa dan seram sejak tinggal dalam rumah Laila. Bapanya, Ezlan juga seperti tidak mengendahkan mereka lagi. Dia memberitahu perkara itu kepada Kak Wan. Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih bekerja dengan Laila. Abang Darus menasihati Rais untuk membantu bapa mereka yang dalam pengaruh sihir.

Sekian lama mereka tidak dibenarkan solat di dalam rumah, akhirnya mereka bertekad untuk mula bersolat berjemaah tanpa pengetahuan Laila. Pian, Raihani dan Mak Lang bertemu dengan Naim. Naim berkongsi keadaan Ezlan yang tidak seperti Ezlan yang dikenalinya dulu. Ezlan seakan-akan dimanderem dan tunduk kepada Laila. Dari dulu lagi Raihani sudah dapat mengagak, Laila menggunakan sihir keatas keluarganya termasuklah untuk mendapatkan Ezlan. Raihani harus lakukan sesuatu demi memastikan keluarganya kembali bahagia.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 11

Episod 11 LINK VIDEO

Ain berkongsi perkara itu dengan Rais tentang Laila. Rais turut mengakui dia merasa tidak selesa dan seram sejak tinggal dalam rumah Laila. Bapanya, Ezlan juga seperti tidak mengendahkan mereka lagi. Dia memberitahu perkara itu kepada Kak Wan. Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih bekerja dengan Laila. Abang Darus menasihati Rais untuk membantu bapa mereka yang dalam pengaruh sihir.

Sekian lama mereka tidak dibenarkan solat di dalam rumah, akhirnya mereka bertekad untuk mula bersolat berjemaah tanpa pengetahuan Laila. Pian, Raihani dan Mak Lang bertemu dengan Naim. Naim berkongsi keadaan Ezlan yang tidak seperti Ezlan yang dikenalinya dulu. Ezlan seakan-akan dimanderem dan tunduk kepada Laila. Dari dulu lagi Raihani sudah dapat mengagak, Laila menggunakan sihir keatas keluarganya termasuklah untuk mendapatkan Ezlan. Raihani harus lakukan sesuatu demi memastikan keluarganya kembali bahagia.

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 12

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 13

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 14

Aku Yang Kau Gelar Isteri – Link – Episod 15 (akhir)

1.2K+Shares

3 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge