Tak elok ghibah

Selain bersolat kita juga digalakkan melakukan pelbagai amalan sunat untuk menambah dan mencari pahala berganda.

Antaranya adalah memperbanyakkan zikir kepada Allah. Dan dengan berzikir ini juga mempunyai manfaat tersendiri.

Salah  satu zikir elok diamalkan adalah Zikir Ya Latiff yang mempunyai kelebihannya. Salah satunya dapat lenturkan hati pasangan dan meredakan ketegangan dalam hubungan suami isteri.

ibu bapa gaduh

Kelebihan Zikir Ya Latiff

1. Berkesan membentuk peribadi anak-anak dan menangani kerenah anak untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak dan juga supaya anak mudah menerima pelajaran apa yang diajar oleh gurunya .

2. Sebagai Suami isteri atau yang masih bujang ( ingin mendekatkan jodoh), Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff sambil berniat di dalam hati melembutkan hati diri sendiri, melembutkan hati pasangan Suami / isteri atau pasangan kekasih, Meredakan ketegangan rumah tangga, meredakan sifat marah, mengelak perceraian dan melembutkan hati musuh..

3. Bagi yang ingin mendapatkan kemurahan rezeki, mendapatkan pekerjaan, kenaikan pangkat dan melariskan perniagaan atau menghadapi peperiksaan atau temuduga… Perbanyakkan Membaca Zikir Ya Latiff dan surah as-Syura ayat 19 sambil berniat apa yang di hajati.. Insha Allah mudahan berjaya

Zikir Ya Lattif

4. Juga dikatakan dengan izin Allah perbanyakkan membaca Zikir Ya Latiff sebagai penawar perbagai penyakit atau terkena sihir …

5. Ketika ribut petir maka eloklah di perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff ni , InshaAllah akan redalah ribut petir…

6. Bagi yang menghadapi musibah atau bencana elok perbanyakkan membaca zikir Ya Latiff untuk kuatkan semangat dan ketabahan hati menghadapi segala ujian..

Baca juga : 17 Petanda Seseorang Lelaki Itu Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda

Semoga bermanfaat buat semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge