Perbuatan melakukan santau dan sihir dalam kalangan masyarakat semenangnya berlaku meskipun hari ini kita hidup dalam dunia serba moden. Dah tahun 2021 pun masih ada lagi yang lakukan sihir dendam kesumat.
Benarlah, perasaan marah dan dendam boleh menyebabkan manusia hilang pedoman dan sanggup berlaku syirik kepada Allah semata-mata ingin memuaskan hati mereka.
Seperti diceritakan oleh seorang pengamal perubatan Islam, Tok Qiqi, ramai mengeluarkan kata-kata kecaman serta mengutuk lelaki tersebut sehingga ia ditular di laman sosial.
“Kebetulan Tok turut komen nasihatkan Siti, jangan sampai mengaibkan orang walaupun dia bersalah… Sebaik-baiknya buatlah aduan pada pihak berwajib.
“Bagaimanapun Tok dihentam oleh Siti dan netizen sehingga mereka melabelkan Tok sebagai lelaki gatal namun Tok berdiam diri kerana enggan menanjangkan pertelagahan,” katanya.
Pesakit wanita perut membusung, kuku tangan dan kaki bernanah
Bercerita lanjut mengenai insiden itu, Tok Qiqi memberitahu pada suatu hari dia mendapat panggilan untuk merawat seorang pesakit dipercayai terkena sihir.
Pada mulannya dia tidak tahu pesakit itu ialah Siti, sehinggalah dia dimaklumkan selepas rawatan selesai. Keadaan pesakit itu kata Tok Qiqi amat mengejutkan – perutnya membusung sehingga berkilat selain matanya hampir tersembul keluar.
Tidak cukup dengan itu, kuku tangan dan kakinya mengalir darah bercampur nanah membuatkan ramai orang berasa sedih melihat keadaannya.
Tok mulakan rawatan melakukan rukyah dengan membaca ayat-ayat suci al Quran. Pesakit tiba-tiba dirasuk serta mula berbicara dalam keadaan marah. Ia (Jin) yang ada dalam badan Siti memberitahu apa berlaku kepada wanita itu bukan urusan Tok.
“Ia juga beritahu tuannya berdendam dan mahu seorang perempuan mati,” ceritanya.
Dalam situasi cemas itu, Tok Qiqi bertanya kepada jin tersebut apakah punca tuannya marah. Dan ia hanya ketawa dan mahukan Siti mati. Jin itu juga memberitahu wanita itu telah memalukan tuannya sehingga dipulaukan dan dipandang hina oleh semua orang termasuk keluarga.
Ia memberitahu dia tidak akan meninggalkan badan wanita itu sehingga dia mati dan Tok tidak dapat membuangnya. Tok Qiqi meneruskan bacaan ayat suci al-Quran sebelum jin itu hilang secara tiba-tiba.
Baca juga : Awas! Ini 7 Tempat Kegemaran Jin dan Syaitan
Rupa-rupanya Siti, terkena sihir dendam kesumat 5 serangkai
Sementara itu, Tok Qiqi memberitahu selepas Siti tersedar dia bertanya apa telah berlaku sehingga ada orang berdendam dan mahukan dia mati.
Katanya, dia terkejut apabila Siti memberitahu apa yang berlaku itu adalah kerana dia menularkan gambar kemaluan seorang lelaki di Facebook.
Dia menangis dan mengimbas kembali komen di Facebook yang mana Tok turut menasihati dia agar tidak berbuat perkara berkenaan. Tetapi dia berdegil sehingga dia menerima padah.
Menurut Tok Qiqi dia melakukan rawatan selama tiga hari terhadap Siti namun Allah lebih sayangkannya dan Siti meninggal dunia.
Baca juga : Jumpa Duit Syiling, Pekerja Kerap Bergaduh. Awas! Penangan Sihir Perniagaan
“Perutnya terlalu besar dan organ dalamannya sudah banyak yang rosak dan pecah tanpa diketahui puncanya. Ketika dikafankan, darah di hidung mengalir meskipun sudah disumbat dengan kapas, darah juga membasahi kain kapan Allahyarham,” jelasnya.
Mangsa terkena sihir dendam kesumat lima serangkai iaitu busung, santau, sihir boneka, santau tuju dan santau dari seberang.
“Begitu marahnya hamba Allah itu sehingga hilang pertimbangan… sebab itu Tok nasihatkan, berhati-hatilah jika mahu aibkan orang meskipun dia bersalah.
“Rujuklah dengan pihak berkuasa dan semoga kisah ini menjadi pengajaran dan pelajaran buat semua,” Tok Qiqi.