Touch ‘n Go Group dan Principal Asset Management (Principal) secara bersama telah mengumumkan bahawa Principal e-Cash Fund, dana asas bagi GO+ Touch’ n Go, kini patuh Syariah. Ini menjadikan dana GO+ sebagai produk e-dompet patuh Syariah pertama di Malaysia.
Melalui dana patuh Syariah ini, pelanggan Touch ‘N Go eWallet boleh mengakses pelaburan pasaran wang yang berisiko rendah serendah RM10 dan menerima potensi pulangan yang sama setiap hari selain dapat menggunakan dana itu bagi semua transaksi dalam e-dompetnya.
GO+ dilancarkan pertama kali pada Mac 2021 sebagai langkah pertama Touch ‘n Go meneroka bidang perkhidmatan kewangan digital.
Produk GO + digabungkan dengan Principal e-Cash Fund, dana pasaran wang yang diuruskan oleh Principal.
Walaupun hari ini kecoh jalan sesak kerana penggunaan rfid menggantikan smartTag, rfid tetap ada kelebihan sebab anda boleh terus link dengan ewallet touch and go. Topup ewallet lebih mudah menggunakan online banking saja.
Cumai perlu kena beri sedikit perhatian. E-wallet TnGo ini masih belum mendapat status patuh Syariah sepenuhnya. Yang patuh Syariah cuma GO+, iaitu fund patuh syariah yang link dengan ewallet.
Isu utama bagi semua ewallet yang belum dapat kepatuhan Syariah ini ialah trust account tempat mereka parking duit pengguna, belum dapat dipastikan sama ada account islamic atau konvensional, bahkan kemungkinan besar konvensional.
Jadi, oleh kerana kita semua pakai rfid, dan bila pakai rfid akan pakai ewallet TouchnGo, saya sarankan semua daftar Go+ dan transfer semua balance ke dalam Go+, sekurang-kurangnya ada jaminan wang kita diletakkan dalam akaun patuh Syariah. Walaupun wang berada dalam account Go+, bayaran tol, belian di kedai tetap akan boleh digunakan daripada sana.
Pastikan account ewallet RM0 dan semua baki transfer ke dalam Go+. Selain itu anda juga boleh terus topup Go+ tanpa perlu topup ewallet terlebih dahulu.
Semoga selamat dan patuh syariah.
Admin muamalat.my,
Dr Ahmad Sufyan Che abdullah
Kerjasama penciptaan bersama produk itu pada dasarnya menggabungkan kepakaran Touch ‘n Go eWallet dalam teknologi dan ekosistem dan kepakaran teras Principal dalam strategi pelaburan dan pengurusan dana.
Setakat ini, platform Touch ‘n Go eWallet GO + telah mencapai lebih 1.2 juta pengguna. GO+ tersedia kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Betul, kita dah cuba semalam, mudah ajaa ekk, benda baru lagi, memang agak kelam kabut, lelama sok semua dah faham, senyap lerr mereka hehehe
Sis Lin recently posted…CHECK-IN DUA HARI SATU MALAM DI HOTEL ARMADA PETALING JAYA