Wiski Timah Haram

Syarikat pengeluar arak jenama ‘Timah’ iaitu Winepark Corpration (M) Sdn. Bhd. bersedia pertimbang menukar nama dan imej pada label produk namun memohon tempoh seminggu bagi melalui proses syarikat mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, melalui perbincangan secara hybrid, syarikat itu telah memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej.

Perkara itu adalah antara hasil keputusan yang telah dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan melalui suasana harmoni menghayati konsep Keluarga Malaysia bagi mencapai satu kesepakatan demi kebaikan negara.

Pertemuan ini adalah susulan pertemuan pertama yang telah diadakan antara syarikat berkenaan bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 25 Oktober lalu.

wiski timah

Usaha ini menunjukkan kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap isu jenama Timah pada sebuah produk arak keluaran tempatan yang dibincangkan di media elektronik dan sosial sejak ia dilancarkan pada awal Oktober lalu sebelum satu mesyuarat diadakan dengan melibatkan beberapa menteri dan agensi berkaitan.

Alexander berkata, KPDNHEP melalui MyIPO akan menambah baik prosedur yang melibatkan  pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan supaya isu yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan.

Semua pihak diharapkan dapat memahami serta memberi peluang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Media sebelum ini melaporkan isu pengeluaran arak itu menjadi kontroversi berikutan namanya dilihat berkait dengan nama orang Melayu dan Islam, iaitu ‘Fatimah’ bagaimanapun syarikat pengeluar mendakwa ia merujuk kepada bijih timah.

Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya mengarahkan sebuah syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan, untuk segera menukar jenama ‘Timah’ berserta gambar pada botol yang digunakan, demi memelihara suasana harmoni di antara pelbagai kaum di negara ini.

Beliau menerusi sebuah kenyataan berkata pihaknya amat kesal dengan sebuah iklan yang tular di media sosial beberapa hari lalu, yang menyatakan sejenis wiski buatan Malaysia diberi nama ‘Timah’ berserta paparan wajah seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman tersebut.

“Seperti yang sedia maklum bahawa bagi masyarakat Melayu, ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati oleh umat Islam sama ada Sunni atau Syiah.

2 Comments

Leave a Reply to ammi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge