Site icon Geng Borak

Awesome TV Angkat Tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNYA’

Awesome TV

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh dengan keampunan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV tampil dengan tema istimewa penuh bermakna; ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ bagi melatari Kempen Ramadan 2022 tahun ini. Dengan inspirasi tersebut, pengisian komprehensif sepanjang bulan mulia ini akan dizahirkan menerusi himpunan lebih 50 program menarik pelbagai genre yang bakal menanti para penonton serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat menerusi sebuah kolaborasi amal bersama syarikat korporat, Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau ‘KAPB’.

Mulai 3 April ini, para penonton bakal dihidangkan dengan seleksi kandungan terhebat merangkumi genre keagamaan, telefilem, drama bersiri, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa, naskhah throwback klasik malar segar, sketsa, komedi, variasi, bual bicara serta banyak lagi yang boleh ditonton menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112.

Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata, “Selepas dua tahun bergelut dengan,pandemik Covid-19, kami menyambut baik pengumuman peralihan fasa endemik bermula 1 April ini yang dilihat dapat memakmurkan semula tradisi sambutan bulan penuh barakah ini
dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Justeru, tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dipilih khasm untuk menerajui Kempen Ramadan Awesome TV 2022 kerana ia membawa pengertian yang sungguh bermakna dalam menyuntik
inspirasi sekaligus mengangkat semula semangat rakyat Malaysia yang pastinya terkesan akibat pandemik.

Selaku stesen televisyen, Awesome TV juga sentiasa komited dan mengambil langkah proaktif dalam menyediakan sajian program menarik pelbagai genre khas untuk tatapan rakyat Malaysia yang pastinya mempunyai citarasa berbeza sepanjang bulan mulia ini sekaligus memikat hati mereka.

Lebih istimewa, kami juga tidak lupa membawa amanat yang sama menerusi kolaborasi amal bersama pihak ‘KAPB’ bagi menjayakan inisiatif CSR sempena Ramadan pertama Awesome TV. Sebagai simbolik tema kempen kami pada tahun ini, sebanyak 15 unit permaidani eksklusif dari Masjidil Haram, Mekah akan dihadiahkan kepada 15 buah masjid terpilih di sekitar Lembah Klang untuk dimanfaatkan bersama.

Semoga rakyat Malaysia bakal terhibur dengan pelbagai kandungan hebat tanpa henti yang telahpun disusun sepanjang bulan Ramadan. Selamat menonton!”

Berikut adalah pengisian menarik dari Awesome TV. Untuk memberi pilihan yang lebih fleksibel, program-program yang dibariskan juga turut boleh distrim melalui aplikasi Awesome TV di mana sahaja, pada bila-bila masa:

PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG RAMADAN 2022 DI AWESOME TV

Exit mobile version