Orang tua-tua kaya raya tetapi anak miskin selepas mereka tiada. Ibubapa harta pusaka banyak, rumah besar, tanah berekar-ekar tapi anak hidup merempat lepas ibubapa meninggal.
Sebab apa?
Bukan sebab ibubapa kedekut tapi sebab ramai ibubapa kurang ilmu tentang wasiat dan hibah untuk diuruskan dengan betul.
Dengan hanya perjanjian cakap mulut sahaja tanpa bertulis atas kertas, sudah di anggap selesai.
Bila ibubapa meninggal dunia ada yang mula bergaduh dengan bapa saudara, mak saudara dan adik beradik sendiri. Semuanya kata masing-masing ada hak.
Hubungan semua elok tapi bila bab tuntutan harta, semuanya jadi huru hara walaupun tanah hanya sekangkang kera.
Malah ada yang tak tahu ibubapa ada hartanah hingga akhirnya menjadi menjadi milik orang yang tak berhak mewarisi harta dan ramai jugak yang menyalahkan Amanah Raya bila tidak dituntut.
Sebagai anak, anda perlu ada ilmu. Anda perlu panduan untuk menguruskan harta pusaka dengan betul sementara ibu bapa masih hidup.
Bukan disebabkan anak tamak harta tapi supaya ianya diuruskan dengan betul ketika ibu bapa masih ada dan mudah urusan selepas mereka tiada.
Banyak berita tentang kes harta pusaka, hibah dan harta sepencarian yang ada.
Anda lihatlah isu dan kes yang sering berlaku berulang-ulang kali setiap bulan setiap tahun melibatkan harta pusaka. Ada yang putus silaturahim malah ada yang sampai sanggup bunuh.
Sampai bila nak biarkan perkara seperti ini terjadi?
Tak dapat dinafikan memang ada sebahagian orang tua-tua susah nak minta kerjasama untuk uruskan harta.
Tahu sebab apa?
- Mereka dah susah payah kerja dapat beli hartanah nak bagi orang lain pula.
- Mereka risau jika bagi harta atau tanah, mereka akan dibuang anak-anak pula.
- Mereka mahu anak-anak rasa susah payah mencari duit dan hartanah.
- Mereka tak mahu anak bergaduh pasal harta, baik tak bagi langsung.
- Mereka tak mahu bagi kepada anak yang pernah biadap atau berkasar dengan mereka.
- Mereka takut hartanah yang sudah diserahkan dijual atau digadai tanpa diusahakan.
- Mereka rasa anak bila tanya pasal harta je macam nak minta mereka mati cepat.
- Mereka rasa urusan melibatkan hartanah menyusahkan nak kena naik turun pejabat tanah.
Mereka tidak bersalah sebab mereka ada hak tentang harta mahupun hartanah mereka sendiri. Kita sebagai anak perlu tahu cara yang betul untuk bantu mereka uruskan tentang hartanah yang ada mengikut Islam.
Ibu bapa ni ada caranya menambat hati mereka tanpa perlu paksaan atau nampak terdesak.
Orang tua-tua ni tidak boleh bertanya ’direct to the point’. Sekali anda tanya dan salah soalan berkaitan harta, mereka akan mula ’blacklist’ anda. ‘Watak jahat’ anda akan muncul dalam minda mereka.
Sebab tu anda perlu ada ilmu dan panduan dengan dapatkan Ebook ini diman akan menyenangkan hidup anda, adik beradik dan ibu bapa di masa akan datang.
Ebook ini akan bantu anda:
- Memahami cara menguruskan sendiri harta pusaka dan hibah dengan betul.
- Membantu anda mengetahui jenis surat wasiat yang bersesuaian dengan harta pusaka.
- Mengajar anda cara nak hasilkan surat wasiat dengan betul, senang dan mudah.
- Buat surat tanpa perlu menaip semula. Hanya edit bahagian yang perlu sahaja.
- Jimatkan kos penyediaan dokumen pusaka dan mengelakkan caj yang mahal dan tidak berpatutan.
Siapa Yang Perlukan eBook Ini?
Anda yang beragama Islam seperti:
- Ibubapa yang ingin mewariskan harta dengan cara yang betul dan adil kepada waris.
- Anak-anak yang mahu ibubapa memahami tentang kepentingan membuat wasiat.
- Anak-anak yang ingin membantu uruskan harta pusaka ke dua ibubapa.
- Anda yang ingin hibahkan harta yang ada kepada golongan tertentu untuk pahala akhirat.
- Anda yang ingin memahami tentang cara sebenar pengagihan dan cara betul dokumentasi wasiat harta.
- Suami Isteri yang ingin membuat tuntutan harta sepencarian dengan adil.
Anda akan dapat 4 jenis Ebook mengikut Bab berkaitan Wasiat dan Hibah lengkap dengan panduan dan dokumentasi menghasilkan surat wasiat.
Anda juga akan dapat 8 jenis Template menghasilkan Wasiat dan Hibah.
Kan Laila slalu pesan, at least sediakan hibah takaful utk anak bini..
Laila recently posted…Takaful Al-Shams – Pelan Hibah Takaful Khas Gerenti Lulus Untuk Mereka Yang Ada Masalah Kesihatan & Peluang Jana Pendapatan
Bagusnya ada kesedaran begini.. alhamdulilah Suami dah pun buat Hibah sewaktu awal Hibah diperkenalkan.. walau orang kata, ‘takde anak kecik pun amik Hibah ke?’,. tapi Suami kata, ‘Tanggungjawab dia sampai ke liang lahat di bawa soal jawab nanti’ huhuhu…
Sis Lin recently posted…AKU BUKAN USTAZAH, TAPI AKU MENUTUP AURAT