Site icon Geng Borak

Bahaya Betul Microsleep, Ini Cara Berkesan Untuk Elakkan Berlaku

drive

Pernah tak mengalami situasi sedang memandu dan kemudian hilang tumpuan. Atau mungkin terlelap beberapa saat. Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah?

Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.

Apa itu ‘microsleep’?

Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.

Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Masalah microsleep ini mendatangkan bahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.

Simptom microsleep

Gejala microsleep agak sukar untuk dikenal pasti kerana kita mungkin sudah tertidur untuk menyedarinya. Namun antara simptomnya adalah seperti:

Masalah ini juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Tanda-tanda microsleep

Terdapat beberapa perkara yang anda lakukan ketika anda bakal menghadapi masalah microsleep adalah:

Tanda amaran ketika memandu:

Apakah puncanya?

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.

Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.

Apabila kita dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak kita sebenarnya mula tertidur walaupun secara fizikalnya kita masih terjaga namun hakikatnya otak kita tidak berfungsi sepenuhnya.

Langkah pencegahan

Cara yang paling berkesan untuk mencegah microsleep adalah dengan memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.

Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur, seperti:

Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.

Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.

Siapa pernah rasa microsleep? Biasa yang balik kampung atau ada perjalanan yang panjang masanya, mesti ada berlaku bila pemandunya seorang.

Secara peribadinya pernah rasai apabila pulang dari kampung waktu malam. Selepas tol Putrajaya yang hampir lagi beberapa kilometer sampai di rumah tetapi tidak larat untuk memandu. Basuh muka sudah, makan kacang dan gula-gula pun sudah, buka tingkap sebentar pun sudah.

Akhirnya buat keputusan untuk tidur sebentar di hentian sebelah. Cukup setengah jam, terjaga sendiri dan teruskan perjalanan yang hanya 15 minit sampai ke rumah.

Exit mobile version