Sekumpulan ahli arkeologi dari Jerman dan Iraq telah menemui bandar purba yang berusia 3,400 tahun. Bandar tersebut dipercayai peninggalan Empayar Mittani yang terletak di sekitar Sungai Tigris.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Tubingen, bandar lama tersebut ditemui setelah paras air di empangan Mosul di Iraq menurun secara mendadak.

Penurunan paras air itu disebabkan oleh kemarau melampau yang melanda Iraq.

Di tapak itu, ahli arkeologi menemui runtuhan istana dan bangunan besar lain. Mereka mengesyaki bandar itu bernama Zakhiku yang merupakan pusat Empayar Mittani.

“Proses cari gali menunjukkan bahawa tapak ini adalah pusat penting Empayar Mittani,” – Pertubuhan Arkeologi Kurdistan.

Proses penemuan bandar purba di dasar empangan itu telah dilakukan sekitar Januari dan Februari lalu.

Ahli-ahli arkeologi segera melakukan cari gali selepas paras air empangan Mosul yang amat dalam sebelum ini surut kerana kemarau.

Bandar itu ditemui oleh para ahli arkeologi itu selepas air Sungai Tigris semakin kering. Sekaligus memperlihatkan kandungan bersejarah yang ada di dalamnya.

Ketika eranya, bandar purba yang dikenali sebagai Zakhiku itu dipercayai menjadi pusat penting kepada Empayar Mittani sekitar tahun 1550-1350 sebelum masihi.

Pusat bandar itu lengkap dengan struktur bangunan besar seperti istana dan beberapa bangunan-bangunan besar yang lain.

Baca juga : 7 Perkara Yang Diketahui Mengenai Imam Mahdi

Sungai Tigris dan Sungai Furat

Seorang daripada ahli arkeologi itu bernama Dr. Peter Pfälzner dari Universiti Tübingen menyatakan, dengan penemuan bandar purba itu mereka berharap akan dapat memahami lebih lagi tentang pengakhiran era Mittani dan permulaan kepada pemerintahan orang Assyria di rantau itu.

Sungai Tigris merupakan salah satu sungai terpenting selain dari sungai Furat yang menjadi sumber air kepada pertanian, tenaga hidro dan juga laluan kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Baca juga : Nabi Sudah Lama Berpesan, 6 Penyakit Akan Menimpa Umat Akhir Zaman

Bandar purba sungai tigris

Pakar arkeologi dari Universiti Freiburg, Ivana Puljiz yang terlibat dalam penemuan bandar purba itu berkata, proses cari gali berlangsung beberapa hari sahaja.

Penemuan beberapa bahagian binaan tinggi diyakini memainkan peranan penting bagi Empayar Mittani.

Bahagian besar bangunan itu pula sangat penting kerana menyimpan kuantiti makanan yang banyak dan mungkin untuk bekalan seluruh wilayah.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge