Kerajaan Terengganu mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40 yang memanfaatkan seramai 115,000 penerima.
Bantuan ini diharapkan dapat menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40, supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat, setelah dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan.
Bantuan ini diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2022 bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.
Apakah Bantuan i-Fitri 2022 ?
i-Fitri merupakan bantuan kewangan bernilai RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bantuan i-Fitri bernilai RM400 kepada keluarga miskin dan RM250 kepada isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
Kadar Bantuan
Bantuan i-Fitri
- Isi rumah miskin
Jumlah bantuan: RM400
- Isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000
Jumlah bantuan: RM250
Bantuan Tunai One-Off
- Isteri ketua rumah berdaftar e-Kasih
Jumlah bantuan: RM150
- Ibu tunggal berpendapatan di bawah RM2,500
Jumlah bantuan: RM150
- Belia bujang berumur 18 hingga 39 tahun
Jumlah bantuan: RM150
- Mahasiswa daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
Jumlah bantuan: RM150
- OKU daripada isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah
Jumlah bantuan: RM150
Cara Permohonan
Cara permohonan bantuan i-Fitri ini belum diumumkan dan akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Lain-lain Bantuan Yang Diumumkan
- Bantuan ‘one-off’ bernilai RM150 turut diberikan kepada 6,000 isteri ketua isi rumah e-Kasih dan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,500.
- Seramai 8,900 Orang Kelainan Upaya (OKU) yang isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah pula akan menerima bantuan tunai ‘one-off’ bernilai RM150 seorang.
- Bantuan Tunai Skim Mubaligh secara ‘one-off’ berjumlah RM150 sebagai tambahan atas pemberian sebanyak RM500 oleh kerajaan Persekutuan kepada semua imam dan bilal di seluruh negara
- Pemberian bernilai RM500 disediakan untuk mereka dalam bentuk tunai dan caruman tabung pendidikan kepada 70 pelajar yang kini menjadi yatim piatu akibat pandemik Covid-19 yang melanda sejak hampir dua tahun ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-14 ini mengenai Belanjawan Terengganu Tahun 2022 yang bermula 15 hingga 18 November di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Sumber