duit ringgit malaysia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.

Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan dalam pasaran kerja, Kerajaan amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam fasa pemulihan ekonomi. Dalam pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan, Kerajaan telah menyediakan sejumlah RM15.3 bilion bagi membiayai program subsidi upah atau wage subsidy kepada sehingga 3.3 juta orang pekerja.

Baca juga : Tips Dan Cara Mohon BPN, Bantuan Prihatin Nasional

Sehingga 11 September 2020, seramai 2.63 juta orang pekerja dan lebih daripada 321 ribu majikan telah mendapat manfaat daripada pemberian subsidi upah ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10.4 bilion. Permohonan untuk program subsidi upah adalah untuk tempoh 6 bulan bermula semenjak 1 April 2020 dan terbuka kepada semua sektor.

Baca juga : Permohonan Baru dan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini.

Baca juga : Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0 Pada 15 Oktober 2020

Soalan lazim BPN 2.0

  • Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?
    Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.
  • Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?
    Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.
  • Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?
    Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

13 Comments

  1. Assalamualaikum, nak tanya tentang bantuan prihatin nasional 2.0 khas yg baru dibentangkan oleh YAB PM semalam. Rasanya tidak dimaklumkan untuk para balu. Berapakah jumlah yang akan diperoleh mereka?. Terima kasih.

  2. Bagaimana untuk saya semak status jika saya gagal menjawab soalan keselamatan yg jawapannya dirujuk drpd maklumat diri saya semasa mula mendaftar dahulu pd tahun 2019. Masalah saya ialah terlupa nombor telefon yg didaftarkan masa itu. Apakah masih ada cara lain yg boleh saya buat??

  3. Selamat tengahari. Saya nak tanya sket. Saya pernah menerima BPN 0.1 melalui rayuan. Adakah saya layak secara otomatik untuk menerima BPN 2.0? Terima kasih

  4. Tuan boleh terus ke cawangan LHDN terdekat berhubung masalah Tuan. Cepat, mudah dan dipercayai!

  5. Layakah mak saya,yang berumur Balu 60 ke atas menerima Bantuan kita perihatin Nasonol 2.0.sebelum ini tidak menerima bayaran dari fasa pertama perihatin nasional.Telah mendapat bantuan bsh.

  6. Bagaimana untuk saya semak status jika saya gagal menjawab soalan keselamatan yg jawapannya dirujuk drpd maklumat diri saya semasa mula mendaftar dahulu pd tahun 2020 BPN 1.0. Masalah saya ialah terlupa kata laluan yg didaftarkan masa itu

  7. saya tidak lulus gkp 2.0..golongan 04..meniaga pun x untung..sewa nk bayar..entah la

  8. Saya dah Di tamatkan perkhidmatan saya dari sebuah syrikat swasta Di sebabkan kesan pendemik yang ketara, pada 3 bulan yang lalu. Soalan saya, adakah saya layak menerima bantuan b40, kerana sebelum ini saya layak atas rayuan saja tetapi tahun ini rayuan pun tak lulu’s.

Leave a Reply to Fazarul Naim Bin Ismail Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge