Site icon Geng Borak

Bantuan RM1000 untuk Golongan B40, PM umum BPN 2.0 Kita Prihatin

duit ringgit malaysia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif bantuan tambahan kepada empat kategori golongan bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi impak Covid-19.

Golongan pertama adalah golongan B40 yang berkeluarga dan bujang, golongan M40 bagi berkeluarga dan bujang serta pekerja tempatan pelbagai bidang.

Kategori keempat adalah golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.

Meskipun terdapat tanda-tanda pemulihan dalam pasaran kerja, Kerajaan amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh majikan dan pekerja dalam fasa pemulihan ekonomi. Dalam pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan, Kerajaan telah menyediakan sejumlah RM15.3 bilion bagi membiayai program subsidi upah atau wage subsidy kepada sehingga 3.3 juta orang pekerja.

Baca juga : Tips Dan Cara Mohon BPN, Bantuan Prihatin Nasional

Sehingga 11 September 2020, seramai 2.63 juta orang pekerja dan lebih daripada 321 ribu majikan telah mendapat manfaat daripada pemberian subsidi upah ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM10.4 bilion. Permohonan untuk program subsidi upah adalah untuk tempoh 6 bulan bermula semenjak 1 April 2020 dan terbuka kepada semua sektor.

Baca juga : Permohonan Baru dan Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga:RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Golongan B40 yang menerima RM700 dan RM300 akan menerima bayaran ansuran pertama.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini.

Baca juga : Permohonan Baru Secara Online BPN 2.0 Pada 15 Oktober 2020

Soalan lazim BPN 2.0

Exit mobile version