Bantuan URUS B40 dan B50

URUS ditawarkan kepada peminjam B50 yang terjejas, iaitu peminjam dengan pendapatan isi rumah kurang dari RM5,880 atau lebih rendah. Manfaat URUS merangkumi pengecualian faedah untuk tiga (3) bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan dan pengurangan kadar faedah.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

Secara keseluruhan, bank-bank dianggarkan memperuntukkan sebanyak RM1.0 bilion bagi membiayai kos program ini. URUS akan dikelolakan oleh AKPK yang juga akan memberi bantuan pelan kewangan peribadi serta akses kepada pakej pendidikan pengurusan kewangan kepada peminjam. Permohonon untuk program ini akan dibuka dari 15 November 2021 sehingga 31 Januari 2022

Wang Bantuan URUS

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50.

URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Selain itu, ia turut merangkumi peminjam yang berada dalam kategori isi rumah B40, iaitu mereka yang berpendapatan kasar (gross household income) kurang dari RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah untuk tiga bulan, pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan, termasuk pengurangan kadar faedah.

Baca juga : BKC FASA 2 : CARA SEMAK DAN KEMASKINI AKAUN BANK

Ismail Sabru Bantuan URUS

Bantuan URUS sokongan Keluarga Malaysia

URUS akan membantu peminjam secara komprehensif, memastikan mereka yang memerlukan mendapat sokongan Kerajaan konsisten dengan semangat Keluarga Malaysia. URUS akan melengkapkan inisiatif-inisiatif lain oleh Kerajaan dalam membantu golongan yang paling terjejas sejajar dengan pembukaan ekonomi, pemulihan negara dan langkahlangkah yang mengurangkan kesan jangka panjang yang berkekalan kepada ekonomi kita.

Peminjam yang tidak layak mendapatkan bantuan di bawah program URUS tetapi masih memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman boleh terus menghubungi bank masing-masing untuk berbincang tentang pilihan bayaran balik pinjaman yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka.

Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia danmelengkapkan usaha Kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan Kerajaan sejak Mac 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge