Nynaa Harizal Report polis

Kisah perkahwinan direstui keluarga pada mulanya, kini kucar-kacir akibat masalah kewangan. Namun, apa yang ingin dikongsikan di sini adalah kisah realiti melibatkan pelakon sedang meningkat naik, Nynaa Harizal.

Selebriti berkenaan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu atas dasar cinta, hidup bahagia dengan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Difahamkan, bapa artis wanita itu yang merupakan seorang pesara tentera kini tidak merestui perkahwinan mereka disebabkan faktor kewangan.

Suami Nynaa Harizal

Pengawal Peribadi Nynaa Diberi Amaran

Lebih parah, pada malam 1 November lalu, Mejar (B) Harizal Hashim telah ‘menculik’ anaknya ketika dia berada di set penggambaran satu drama di Shah Alam, Selangor.

Si bapa yang berlagak seolah-olah seorang gangster bertindak mengacukan sepucuk pistol ke arah perut pengawal peribadi Nynaa sambil memberi amaran akan melepaskan tembakan jika dia dihalang mengambil anaknya.

Perbuatan itu adalah salah dari segi undang-undang dan boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api.

Turut serta bersama si bapa datang ke set penggambaran itu ialah isteri dan anak perempuannya. Si ibu, masuk ke set penggambaran lalu menarik Nynaa Harizal masuk ke kereta sebelum membawanya pergi.

Report Police Suami Nynaa Harizal

Justeru, suami Nynaa Harizal telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan meminta pihak polis menyelamatkan isterinya yang dilarikan secara paksa. Beliau turut mendakwa, itu adalah perbuatan jenayah yang bermotif untuk memeras ugut mereka suami isteri bagi mendapatkan wang.

Apa sudah jadi dengan hal ini? Sehinggakan laporan polis terpaksa dibuat kerana melibatkan senjata api dan ada ugutan yang telah dibuat terhadap pengawal peribadinya. Amat bahaya jika pertuduhan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Berita757

#RakyatKeutamaanKami

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge