image

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyalurkan pemberian baucar buku yang melibatkan murid atau pelajar institusi pendidikan bawah kementerian itu bermula pukul 2 petang ini. Pemberian baucar buku RM100 Madani mulai 31 Mei 2024 kepada murid Tahun 4, pelajar sekolah menengah dan IPT.

Baucar tersebut katanya boleh digunakan pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini bermula pukul 2.00 petang 31 Mei 2024.

“Kerajaan boleh teruskan dengan baucar RM100 itu dan untuk tahun ini, kita mulakan dari murid Tahun 4 dan ke atas bagi mengurangkan tekanan kepada kewangan kerajaan.

“Kita akan beri panduan jenis buku termasuk novel klasik seperti hikayat Hang Tuah, novel oleh sasterawan terkemuka dan sebagainya,” YAB Perdana Menteri ketika berucap merasmikan PBAKL 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara.

baucar buku rm100

Baucar Buku RM100 dan RM50

Pemberian baucar buku yang melibatkan murid dan pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut:

1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital.
2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing.
3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI.
4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (check-out) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit).
5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan.
6. Proses selesai.

baucar buku RM100

Baucar RM50 diberikan kepada pelajar tahun 4 hingga 6. Sementara itu baucar buku RM100 pula untuk murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

daftar kota buku digital

Pemberian baucar buku seperti diumumkan YAB Perdana Menteri adalah langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments