Site icon Geng Borak

Bayaran Bantuan Khas Covid 19 (BKC) Bermula Ogos 2021

Bayaran Bantuan Khas Covid 19

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dengan peruntukan RM4.6 bilion yang akan diberikan bermula pada bulan Ogos. Kerajaan juga akan salurkan Bantuan Tunai langsung kepada rakyat, berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini.

Kategori penerima yang layak menerima BKC adalah seperti berikut:

Miskin tegar, B40, M40 – Isi rumah / Warga emas sebatang kara (WE) / Individu Bujang

Pakej terbaru diumumkan berdasarkan keadaan kuncitara yang dijangka berlanjutan kerana kes harian Covid-19 masih tinggi. Bantuan Tunai langsung ini, antaranya merangkumi Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Baca juga : ICITRA KWSP, PENGELUARAN RM1,000 UNTUK 5 BULAN

Jumlah Bayaran BKC yang akan diterima adalah seperti berikut :

Pembayaran BKC akan dibuat seperti berikut :

Pembayaran akan dibuat berdasarkan akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021

RM500 juga diberi untuk Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan. Kerajaan juga memperluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Perkeso, graduan baharu, lepasan sekolah, pekerja sektor tak formal.

Makluman Bantuan Khas COVID 19 (BKC) seterusnya akan dimaklumkan di https://bpr.hasil.gov.my

Exit mobile version