Bayaran Rayuan GKP 2.0 februari 2021

Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, Kerajaan telah membuka semula permohonan untuk Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) yang merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

GKP 2.0 bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0 yang diumumkan sebelum ini, lebih 850,000 PKS mikro seluruh negara telah menerima manfaatnya dengan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM2.55 bilion.

Rayuan Geran Khas Prihatin 2.0

Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 hingga 21 Disember 2020 yang lepas. Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, setiap permohonan rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah disemak silang atau diverifikasi dengan data agensi Kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Susulan proses permohonan rayuan berkenaan, sukacita dimaklumkan bahawa hampir 52,000 PKS mikro diluluskan menerima Rayuan GKP 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM155 juta.

Tarikh bayaran Rayuan Geran khas prihatin 2.0

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Rayuan GKP 2.0 pada 5 Februari 2021 dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 4 Februari 2021 melalui portal GKP, iaitu gkp.hasil.gov.my.

Baca juga : GKP PERMAI RM1,000 Bantuan Tambahan untuk PKS

Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion.

Wang Bantuan

Sukacita diingatkan bahawa penambahan peruntukan bagi GKP pada tahun 2021 telahpun diumumkan seperti berikut:

  1. Belanjawan2021: iaitu bantuan kewangan sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan, yang akan diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. Ini dijangka akan memanfaatkan 50,000 PKS mikro dengan peruntukan sebanyak RM50 juta;
  2. Pakej Bantuan PERMAI: Perluasan bantuan GKP Tambahan atau GKP PERMAI, kepada 815,000 PKS di semua negeri yang melaksanakan PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 35,000 PKS di luar kawasan PKP akan menerima RM500. Inisiatif GKP PERMAI ini melibatkan peruntukan tambahan hampir RM830 juta.

    Maklumat lanjut boleh didapati di belanjawan2021.treasury.gov.my/permai/faq/gkp.html.

Kerajaan berharap agar bantuan langsung yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutamanya PKS mikro yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP atau PKPB.

YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
3 Februari 2021

11 Comments

  1. Dh buat rayuan statment pun dh sent pdf pun x lulus juga kenapa ye bukan sepatutnya dibantu kami macam nie…..

    1. Sudah ada lesen perniagaan Ssm,setelah keadaan semasa berubah sebagai mencegah penyakit kovid-19
      Dikuatkuasakan permohonan untuk rayuan geran prihatin,namun keputusan yang diterima sahaja dalam semakan,oleh itu saya berharap pihak tuan/puan mempertimbangkan permohonan tersebut diluluskan

  2. Tolong lah buka gkp 3. Saya dah lama niaga..tp lewat idup ssm 31 okt 2020. Dah buat rayuan pun ttp gagal juga..

    1. Aku pn xdpt nie da 8,9thn meniaga mmg guna ssm 2thn sekali renew..yg first isi aku xberapa tahu syaratnya letak 5org pekerja termasuk aku xdpt gagal..rupanya xblh lebih mmg aku da blh dpt sb silap msk aku skali tu jd 5org aku tulis..alasan xlulus lebih pekerja 5org..da rayuan aku lampirkn ssm jew..sb dia bg kita 3pilihan jew so aku lampirkn ssm jew..cek2 td tngk xlulus rayuan hampa btl bila cek alasan ckp perniagaan xberoperasi waktu thn 2020..tarikh da garenti dari 2019 mati 2021 aku pn xfhmla…aku satu bantuan ape pn xmerasa xheppy jew rasa..ape pn aku merasa..brim ke ape kew tin kosong dngr org dpt seronok jew..meniaga da la ssh skrg nie

      1. Aslm..iPar saya tidak dpt BR1M, BSH Dan BPR juga BPN
        Sebab dia Ada learn sebagai pembekal
        Sedangkan learn sudah tidak beroperasi

        GPK pulak sudah TIDAK DI BENARKAN PEEMOHONAN BARU

        Ini tidak Adil…tolong baca kes saya

  3. salam pada yang berkenaan,harap maklum saya juga ingin meminta bantuan kerajaan untuk membuka balik GPK RAYUAN kepada yang tidak lulus,padahal perniagaan masih lagi beroperasi cuma masalah teknikal semasa menghantar surat sokongan SSM.HARAP PIHAK KERAJAAN AMBIL MAKLUM KESEMPITAN KAMI,SEKIAN TERIMA KASIH

Leave a Reply to arron souriar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge