Site icon Geng Borak

Bayaran RM100 hingga RM300 Bantuan Keluarga Malaysia BKM Mulai 28 Mac

Ismail Sabri BKM

Kerajaan akan menyalurkan Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta penerima mulai 28 Mac ini dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Seramai 8.6 juta penerima akan menerima bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan masing-masing. Pembayaran itu merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas, sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang.

BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), 30 Mac ini. Pihak BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari masa ke semasa.

Kerajaan juga akan membuka permohonan rayuan mulai 2 Mei ini selama sebulan bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar.

Untuk mmakluman dan semakan lanjut, boleh layari https://bkm.hasil.gov.my/

Exit mobile version