Skim khairat kematian BKM 2022

Makluman kepada pemegang BKM, anda berhak mendapat bantuan Khairat kematian sebanyak RM1000 sekiranya berlaku kematian. Permohonan tuntutan boleh di buat oleh waris di Pejabat LHDN dengan bukti dokumen-dokumen yang diperlukan.

Penting bagi anda untuk membuat kemaskini permohonan BKM untuk anda isi maklumat berkenaan waris anda.

Baca juga :  Pembayaran Fasa 1 BKM 2022

Tujuan Maklumat waris

Maklumat waris adalah penting untuk :

  1. Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/ pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
  2. Wakil bagi penunaian BKM 2022

Berikut adalah waris yang layak untuk didaftarkan di dalam permohonan BKM 2022:

  1. Pasangan
  2. Ibu
  3. Bapa
  4. Anak
    – Anak Kandung
    – Anak Tiri
    – Anak Angkat
  5. Adik Beradik
  6. Cucu
Wang Bantuan

Siapa boleh tuntut Skim Khairat kematian BKM?

Jika Penerima BKM meninggal dunia, berikut adalah waris yang layak untuk membuat tuntutan:

  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau ii.
  • Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.

Jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.

Dokumen Penting

Berikut adalah dokumen penting untuk buat tuntutan:

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPM)
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil
Pinjaman peribadi BSN

Cara buat tuntuan Skim Khairat Kematian (SKKM) BKM

Sediakan dokumen yang dinyatakan di atas dan boleh hadirkan diri ke :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bersama dokumen; Atau
  • LHDN untuk pertanyaan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,boleh hubungi melalui medium berikut:

Talian hotline BKK LHDNM :1 800 88 2747
BKK MoF :03 8882 4565/ 03 8882 4566.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge