Bayaran Bantuan Khas Covid 19

Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 berjumlah RM300 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion kepada 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 akan dibuat pada 20 Disember ini.

Menerusi maklumat pembayaran BKC Fasa 3, pembayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bagi penerima yang memilikinya manakala mereka yang tiada akaun bank, pembayaran akan dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional.

bayaran BKC Fasa 3

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sudah diselesaikan pada September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan dibawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19,” – PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BKC Fasa 3

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan bantuan yang disediakan itu menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge