Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bernilai RM1.67 Bilion Secara Berperingkat Mulai 17 Januari 2023 (Selasa). Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas.
Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Saya telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023. Ianya berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 adalah bernilai RM1.67 bilion. Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR. Kesemua ini dilakukan secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti pada jadual di bawah.
STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5 juta golongan bujang (RM100).
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023. Semua maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri
Biar apa pun namanya, biar berapapun jumlahnya, yang penting orang yang memerlukan dapat manfaat sewajarnya. Yang susah dibantu, yang senna, membantu.
Mr RInggit recently posted…Infografik: Menukar Harga Dalam Ringgit Kepada Gram Emas