Semakan BKP

Dalam meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan terus komited membantu rakyat dengan mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) kepada mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan PKP.

Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, pada 28 Jun lepas melalui Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain daripada bantuan-bantuan yang lain.

Selain BPR, Kerajaan juga telah melaksanakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP), di mana kesemua bantuan ini melibatkan peruntukan sejumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas. 

Bantuan Kehilangan Pendapatan 2021

Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak 500 ringgit kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021 dengan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak
YB Shahar Abdullah
Timbalan Menteri Kewangan 1

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara. Melalui Pakej PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) juga disalurkan, melibatkan penerima dari kategori miskin tegar, B40, dan juga M40.

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500

Cara Permohonan dan Semakan BKP

Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.

Sebaliknya, data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.

Tarikh Bantuan Disalurkan

Bantuan berjumlah RM500 dijangka akan disalurkan pada bulan Oktober 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat melalui Menteri Kewangan.

Tanpa mengira latar belakang anda, Belanjawan 2021, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA+ dan pakej terkini, PEMULIH akan membantu pemulihan dan kesejahteraan keluarga, perniagaan dan komuniti anda.

Gunakan panduan ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan ini! Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini, sila rujuk laman web https://www.mof.gov.my/ 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge