Maafkan saya

“Nak maafkan tu senang je, tapi nak lupakan tu, susah kot.”

Selalunya kita akan mendengar ungkapan-ungkapan ini keluar daripada mulut orang yang mengalami masalah perhubungan sama ada dengan pasangan, kawan atau saudara sendiri.

Baginya, untuk memaafkan itu mudah sahaja. Namun, untuk melupakan perbuatan yang dilakukan itu agak sukar dan mungkin tidak akan dilupakan.

Kemudian, kebanyakan perhubungan selepas itu sudah tidak sama lagi dengan sebelum ini. Jika sebelumnya seseorang itu rapat dan mampu berkongsi suka duka, namun sekarang hubungan sekadar melihat kehidupan masing-masing di media sosial.

jodoh gaduh

Ia mungkin juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar perkara yang sama tidak akan berulang lagi. Namun, adakah dengan mengambil keputusan itu, hati akan semakin tenang atau mungkin luka tersebut boleh kembali berdarah kerana asyik teringat akan perkara lama yang berlaku.

Maksud: “Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk, biarlah ia yang menanggungnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4084)

Pasangan merajuk

Hati Tenang Dengan Memaafkan

Kadang-kadang, sudah memaafkan kesalahan orang namun hati tidak merasa tenang. Itu mungkin kerana ada lagi tersisa ketidakpuasan hati.

Memang agak sukar untuk memaafkan, namun beri ruang kepada diri untuk melatih sikap tersebut agar sebati dengan diri.

Antara tanda kita sudah benar-benar memaafkan ialah kita mampu berhadapan dengan insan tersebut tanpa perasaan sakit di hati.

suami merajuk

Sakit hati inilah yang sentiasa membuatkan minda teringat akan perkara yang tidak perlu. Kemudian, ia boleh membawa kepada stress dan juga amarah yang tidak selesai.

Mulut kata sudah memaafkan, tetapi hati berkata lain. Akibatnya minda akan memberi reaksi yang berbeza. Jadi, penting untuk kita belajar sikap memaafkan bagi menjadikan hati dan minda kita tenang agar boleh fokus pada perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

Anda yang pilih maaf bagaimana yang anda ingin berikan.
-tzkrh-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge