Tak cukup masa tapi nak beli barang.
Kali ini, nak dikongsikan pengalaman dalam kehidupan harian yang mungkin hampir sama dengan orang lain.
Setiap minggu atau bulan, sudah pastinya kita perlu membeli barangan dapur untuk memasak mahupun barangan keperluan di rumah. Beras, susu formula, lampin pakai buang, ikan, sayur, perencah dan 1001 lagi macam barangan itu dibeli oleh ramai orang setiap hari.
Nak beli barang masa rehat, atau nak beli barang selepas balik kerja. Dengan kesesakan lalulintas lagi, nak ambil anak lagi. Macam-macam lah kan.
Sekarang sudah tidak perlu sibukkan diri dan bersesak untuk membeli barangan tersebut kerana ada Happy Fresh. Sudah dekat 10 kali gunakannya untuk membeli barang-barang dan semua barang yang dipesan dibayar secara talian dan dihantar ke depan pintu rumah.
Yang menarik sekali adakalanya promosi diskaun sehingga 20% untuk belian. Jimat tak?
Senang saja.
Download aplikasi Happy Fresh dan kemaskini profail. Happyfresh akan berikan pilihan untuk kita bergantung kepada lokasi rumah kita.
Contohnya di Kajang, akan dapat Mydin, Tesco dan Giant untuk kita pilih barangan di hypermarket tersebut dan seterusnya dihantar ke rumah.
Masa untuk penghantaran pun kita boleh pilih bergantung kepada kekosongan penghantar barang. Biasakan buat tempahan sehari sebelum hari yang kita nak barang tu. Kadangkala ada juga kekosongan dalam hari yang sama.
Itulah seronoknya gunakan aplikasi di smartphone dan jimat duit dengan Happy Fresh.
Untuk kali pertama ni, ada dapat kupon diskaun RM25 dan penghantaran percuma! Nak bayar pun mudah. Guna online transfer, kad debit atau kad kredit.
Itulah serba sedikit pengalaman daripada sebahagian kehidupan harian dan daripada billion manusia yang ada di dunia ini. Berapa banyak transaksi tanpa tunai berlaku dalam sehari dan berapa banyak perkara dapat dipermudahkan.
Mungkin ada kawasan-kawasan yang masih belum terdedah dengan lebaran cashless ini namun tidak lama lagi pasti akan laluinya. Apa lagi? Download lah aplikasi Happy Fresh.