Pasangan berpisah 1

Kisahnya, ramai yang terjebak dalam cinta begini menyatakan ia adalah jodoh mereka. Dan rasa kasih dan sayang pada lelaki yang berstatus suami orang mungkin sudah sukar untuk dipadamkan. Namun ramai juga wanita yang bercinta dengan suami orang tidak mengetahui kekasih mereka bukannya orang bujang.

Aduhai kisah bercinta dengan suami orang.

Sekiranya anda mengetahui si dia yang bertakhta di hati sudah punyai isteri malah anak-anak yang sedang membesar, adakah masih seronok bercinta dalam diam dan bergelar kekasih gelap?

maaf suami isteri

Soal hati memang sukar untuk disangkal tetapi ada banyak perkara yang akan membuat sesi cinta anda mencabar berbanding bercinta dengan lelaki bujang atau duda yang sudah berpisah dengan isterinya.

Tidak dinafikan lelaki yang sudah punyai keluarga sering bersilat dengan masa. Mereka perlu membahagikan waktu untuk berkhidmat pada keluarga dan juga melayan kekasih dalam masa yang sama.

Secara tidak langsung, kurang ketenangan dalam melayari saat manis bercinta apabila asyik bersembang dalam telefon dengan berbisik dan nama anda dalam telefon pun terpaksa jadi nama lelaki bagi mengelak si isteri ketahui.

Asam garam bercinta dengan suami orang juga banyak dugaannya dan memerlukan si gadis bujang lebih sabar dan hanya menanti ruang kosong si dia boleh berikan untuk sesi mesra bersama sama ada keluar dating atau bersembang di telefon lebih lama.

Bercinta dengan Suami Orang

Dating juga banyak cabarannya. Kalian sukar untuk ke tempat awam (lebih sukar apabila dia orang popular) dan terpaksa elak tempat lazim keluarganya atau kenalan si dia sering kunjungi.

Jadi terpaksalah ke lokasi eksklusif yang punya lampu samar seperti lounge hotel atau kelab untuk sekaligus layan anda seperti ratu walhal mudah buat si dia beritahu isteri sedang ada bisnes meeting atau melayan pelanggan di lokasi berkenaan.

Kewangan si dia juga sebenarnya terbeban apabila bercinta seperti orang muda. Sanggup untuk memenangi hati kekasih, belikan apa saja sedangkan isteri dan anak-anak perlu bercatu perbelanjaan dan tidak lagi semewah dulu.

Jika si dia jenis yang tolenrasi dan berjimat baguslah tetapi jika anda bercinta dengan suami orang perlu periksa keikhlasannya untuk meneruskan cinta kalian.

Suami orang

Selalunya, ramai yang terperangkap dengan kenyataan si dia yang berjanji akan mengahwini si gadis bila tiba masanya. Ada alasan akan menceraikan isteri, ada alasan tunggu masa nak beritahu isteri kewujudan orang kedua ini dan ada alasan sedang kumpul duit untuk bina masjid kedua.

Jika si dia berkemampuan, memang tiada salahnya nak pasang ‘cawangan’ baru namun sebagai seorang wanita, anda juga harus pertimbangkan sejauh mana anda telah memasuki territory keluarga orang dan bakal merobohkannya jika niat si dia untuk tinggalkan isteri pertama demi anda.

Bercinta dengan Suami Orang

Buat anda yang tidak mengetahui jika kekasih pujaan hati adalah suami orang, ada beberapa petanda yang boleh anda perhatikan kala berdating yang amat mencurigakan. Anda boleh mula menyiasat bila ada petanda ini:

1. Dia mengelak beberapa lokasi yang kemungkinan terserempak dengan OYD (Orang Yang Digeruni – isteri, ahli keluarga, rakan ofis dan paling dahsyat rakan isteri) – kalau si dia bujang kenapa perlu elak tempat awam?

2. Dia sanggup tinggalkan anda tersipu-sipu sendirian kerana perlu bergegas ke tempat kerja pada malam Sabtu? Alahai tentunya ada emergency keluarganya mahu dia segera pulang.

3. Ada sesetengah phone call dia perlu menjawab ditempat sunyi dan secara tersorok. Mungkin anaknya sedang call bertanyakan mana daddy!

4. Tak pernah bersuara akan bawa anda bertemu dengan keluarga walaupun dah tiga tahun bercinta. Tak serius kah?Kenapa nak bersembunyi lagi.

5. Sering elak untuk dipaparkan dalam media sosial – alasan dia seorang yang anti-sosial. Sebenarnya takut terkantoi.

6. Tolong check apa nama yang diberikan pada kamu dalam contact list telefon bimbitnya – adakah ia Sayang atau Mat Bon.

7. Terlalu banyak peraturan dalam hubungan kalian – ada waktu tertentu untuk sembang telefon, ada waktu tertentu dan hari tertentu saja untuk berjumpa.

Tanda suami curang

Tepuk dada tanya selera. Jika anda punyai hati kental sanggup berdepan dengan semua dugaan ini dan si dia memang berkemampuan menurut tuntutan agama, dialah lelaki yang ingin anda kahwini. Jika terlalu banyak alasan serta hubungan kalian sering beralas dengan penipuan terhadap keluarganya, baiklah angkat kaki saja.

disclaimer : *gambar sekadar hiasan

2 Comments

  1. Baiklah. Begitu tandanya bila pasangan mula curang ye tak?
    Teringat kisah zaman remaja hahaha
    Kalau nak jaga sangat pun, kalau dia memang nak buat curang, boleh jadi gak kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge