Kemelut yang melanda di antara bintang rap Caprice dan pendakwah bebas ustaz Ebit Lew mendapat perhatian termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Perselisihan faham antara pendakwah terkenal dan penyanyi rap yang menjadi tumpuan ramai ketika ini diharap dapat diselesaikan sebaik mungkin.
Tanpa ingin mengulas lanjut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kedua-dua pihak tersebut seeloknya berdamai dan perlu berlapang dada.
“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.
“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya selepas Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah di sini, hari ini.
Pada 23 Jun lalu, Caprice terbang ke Mesir bagi menjayakan sebuah misi kemanusiaan di Gaza. Namun sehingga ke hari ini, dia masih belum dibenarkan untuk memasuki ke wilayah bergolak itu. Beberapa hari yang lalu, Caprice kerap memberi bayangan mengenai satu pendedahan yang akan dibuat mengenai mengapa dia tidak dibenarkan masuk ke Gaza yang dikatakan berpunca daripada beberapa orang berpengaruh.
Caprice akan tampil membuat pendedahan tersebut di ruangan IG Live pada 21 Julai 2021 Rabu depan, 9 malam waktu Malaysia.
Sejak kelmarin, isu antara kedua pihak itu menjadi perhatian selepas penyanyi rap tersebut bertindak meluahkan rasa tidak puas hati berhubung misi bantuan pendakwah berkenaan di Gaza baru-baru ini.–AlHijrah Online, Gempak
berdamailah..
Laila recently posted…Permohonan Bantuan Ebit Lew 2021. Mohon Di Sini.