Nak berehat dan bercuti di Kondominium mewah bersama keluarga?
DeCozyGuesthouse patut menjadi pilihan anda.
Bagi individu atau keluarga yang ingin bercuti mahupun meluangkan masa berehat bersama-sama, pastinya mencari lokasi yang sesuai dan selesa. Ada yang pentingkan privasi dan ada yang pentingkan keselesaan apabila menginap.
Selain hotel, kondominium mewah yang dijadikan guesthouse atau homestay pasti menjadi pilihan dengan kelengkapan yang cukup. Lokasinya berdekatan dengan Lapangan Terbang Subang, Kelab Golf & Country Saujana, Saujana Hotel & Resort, Sekolah Jepun dan Citta Mall.
DeCozyGuestHouse ini terletak di Kondominium mewah Saujana Hijauan, Ara Damansara.
Antara yang menarik tentang DeCozyGuestHouse ini, ia mempunyai kelengkapan seumpama di rumah seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu, televisyen, mesin basuh, mesin pengering dan kemudahan wifi.
Untuk kemudahan di kondominium pula, ada kolam renang, spa, jakuzzi dan gimnasium. Kesemua ini boleh dinikmati apabila anda menjadi penghuni di DeCozyGuestHouse dengan selesa sekali. Rehatkan minda anda apabila menginap di sini dan nikmati semua fasiliti yang ada di kondominium mewah ini.
Sesuai bagi yang ingin lari sebentar daripada hiruk pikuk kota metropolitan dan bercuti sementara di kondominium mewah ini. Ruang tamu dan bilik tidur mempunyai alat penghawa dingin dan juga kipas.
Rehatkan diri dengan menonton televisyen dan jika anda ingin memasak, ruangan dapur yang serba lengkap juga telah disediakan. Perkakas seperti pinggan mangkuk, cawan, sudu, garfu, peti ais, mikrowave, dapur, oven dan semuanya seperti berada di rumah sendiri.
Hanya perlu bawa bahan-bahan sendiri jika ingin memasak. Namun, majoriti yang tinggal di sini akan ke Citta Mall berhampiran untuk menikmati makanan.
Di Saujana Hijauan ini, keselamatan cukup diutamakan dengan tahap ‘4-tier security’ di mana beberapa kali akses diperlukan untuk masuk ke guesthouse tersebut. Pemeriksaan di pondok pengawal, ruang parkir, akses lif dan akhirnya ke DeCozyGuestHouse. Ini menunjukkan keselamatan dan privasi amat dititikberatkan.
Pemilik guesthouse ini juga memberitahu boleh menguruskan ‘birthday surprise’ atau ‘anniversary surprise’ bagi yang ingin membuat kejutan kepada pasangan masing-masing. Ada juga yang menginap di sini kerana kelengkapannya seperti di rumah sendiri walau yang sedang dalam tugasan ‘outstation’.
Suasana dalaman yang cantik, bersih, selesa dan menyegarkan ini sememangnya menjadi pilihan ramai di DeCozyGuestHouse. Harganya pun murah dengan RM140 pada hari biasa dan RM170 pada hujung minggu dan cuti umum.
Kondominium di Saujana Hijauan ini boleh diakses melalui Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan jalan utama Lebuhraya Persekutuan yang sentiasa sibuk. Pada waktu puncak hari ini, jalan raya ini terutamanya Lebuhraya Persekutuan mungkin menjadi sesak kerana penambahbaikan jalanraya untuk sampai ke rumah mereka.
Pada masa-masa lain, jalannya adalah lancar dan kesesakan lalu lintas jarang berlaku pada masa-masa lain sepanjang hari. Dari sini juga adalah mudah dan cepat untuk pergi ke dua padang golf iaitu Kelab Golf & Desa Glenmarie dan Kelab Desa & Golf Saujana. Para pemain golf pasti akan menyukai lokasi dan kemudahan yang ada di guesthouse ini.
Pilihan yang terbaik bagi mereka yang inginkan percutian bersama pasangan dengan suasana selesa. Bagi yang ingin membuat tempahan, boleh rujuk kepada maklumat berikut :
NO TEL : 019-282 1582 / 011-3908 0407
INSTAGRAM : @decozyguesthouse
FACEBOOK : decozyguesthouse