Site icon Geng Borak

Bicara Cinta Episod 1-4, Adi Putra & Emma Maembong – Samarinda TV3

Bicara Cinta

Bicara Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail. Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk sama karya Missa J, siri ini akan memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 21 September 2020 menggantikan Syurga Untukmu.

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka.

Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Arahan : Along Kamaludin
Novel Karya : Missa J

Mulai 21 September 2020, Setiap Isnin – Khamis pukul 10 malam hanya di TV3.

Episod 1 Bicara Cinta – Samarinda TV3

https://www.youtube.com/watch?v=TP1YPPwlhlk

Anis Sofea, 18 merupakan anak tunggal kepada pasangan Zainuddin dan Zaleha. Dia telah diberikan kasih sayang dan sepenuh perhatian sedari kecil lagi. Zainuddin dan Zaleha memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada Anis untuk menjaga kehormatan dan tatasusila sebagai seorang perempuan.

Apatah lagi menjangkau usia 18 tahun, Anis seolah-olah diberikan kunci kebebasan daripada keluarganya bagi menentukan masa depan. Sikap kurang ajar Anis telah melampaui batas kesabaran Mahzan. Kekasaran Mahzan dihalang oleh Zaleha buat pertama kalinya perkara itu berlaku di hadapan matanya dan di hadapan orang ramai.

Episod 2 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Setelah berpuluh tahun Zaleha makan hati, baru hari ini segalanya isi hatinya terlerai. Sikap sombong dan takbur Mahzan telah memusnahkan kebahagiaan yang cuba mereka bina. Zaleha sakit hati apabila Mahzan memfitnah yang Anis adalah anak hasil hubungannya dengan lelaki lain, bukan zuriat daripada keturunannya.

Akibat daripada pergaduhan itu, Mahzan mengusir Anis sekeluarga di hadapan khalayak tetamu. Zaleha dan Anis malu besar dan bertekad untuk tidak menjejakkan kaki di rumah Mahzan lagi. Mayat Zaleha yang tidak dituntut oleh Mahzan membuatkan Anis berang. Mazhan tidak membenarkan Anis untuk melihat wajah Zainuddin buat kali terakhir.

Episod 3 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Pulang ke rumah, Anis buntu. Dia cuba untuk menghubungi Saddiq namun gagal. Muncul Mahzan di rumah milik Zainuddin, mengusir Anis sehelai sepinggang. Anis melutut di kaki Mahzan supaya dirinya tidak diperlaku sekejam itu kerana dia sebatang kara. Mahzan langsung tidak menghiraukan pujuk rayu dan tangisan Anis.

Sedang berjalan pulang masuk ke halaman, Rais melihat seorang gadis sedang menjemur pakaian di ampaian. Rais terdetak, wajah gadis yang samar-samar di belakang kain membuatkan Rais ingin tahu gerangan gadis cantik itu. Rais menyelak kain di ampaian dan terlihat wajah kudus Anis. Mereka bertentangan mata buat kali pertama.

Episod 4 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Rambut hitam Anis yang menampar-nampar wajah apabila ditiup angin membuatkan Rais terpaku. Dia dan Anis saling berpandangan buat beberapa saat. Sehinggalah suara Hajah Humairah mengganggu pendengaran mereka.

Rais dijemput Hajah Humairah untuk naik ke rumah. Anis terdetak, siapakah gerangan lelaki yang baik dengan neneknya itu? Nomi ternampak akan Rais yang membonceng Anis di pekan. Nomi menjadi marah.

Bicara Cinta Episod 5-8, Adi Putra & Emma Maembong – Samarinda TV3

Exit mobile version