Site icon Geng Borak

Bicara Cinta Episod 5-12, Adi Putra & Emma Maembong – Samarinda TV3

Bicara Cinta

Bicara Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Along Kamaludin dibintangi oleh Adi Putra, Emma Maembong dan Azrel Ismail. Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk sama karya Missa J, siri ini akan memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 pada 21 September 2020 menggantikan Syurga Untukmu.

Anis Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya. Penjaganya, Tok Ali dan Nenek Humairah, memujuk Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga. Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka.

Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang. Biapun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

PELAKON UTAMA

PELAKON PEMBANTU

Arahan : Along Kamaludin
Novel Karya : Missa J

Mulai 21 September 2020, Setiap Isnin – Khamis pukul 10 malam hanya di TV3.

Episod 5 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Kepulangan Nomi dari pekan dengan wajahnya yang masam menarik perhatian Khalid. Nomi menceritakan dia terserempak dengan Adee dengan seorang gadis cantik. Khalid memberitahu bahawa gadis itu adalah anak Zaleha sepertimana yang pernah diceritakan oleh Adee kepadanya. Nomi teringat kembali cerita cinta Zaleha dan Adee yang membuatkan cintanya tidak di layan oleh Adee.

Rais ternyata menolak permintaan Tok Ali. Ini kerana usia mereka terlalu jauh untuk disatukan sebagai suami isteri. Malah, sehingga saat ini, dia belum ada apa-apa perasaan istimewa terhadap Anis. Tok Ali hampa.

Episod 6 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Kepulangan Nomi dari pekan dengan wajahnya yang masam menarik perhatian Khalid. Nomi menceritakan dia terserempak dengan Adee dengan seorang gadis cantik. Khalid memberitahu bahawa gadis itu adalah anak Zaleha sepertimana yang pernah diceritakan oleh Adee kepadanya.

Nomi teringat kembali cerita cinta Zaleha dan Adee yang membuatkan cintanya tidak di layan oleh Adee. Rais ternyata menolak permintaan Tok Ali. Ini kerana usia mereka terlalu jauh untuk disatukan sebagai suami isteri. Malah, sehingga saat ini, dia belum ada apa-apa perasaan istimewa terhadap Anis. Tok Ali hampa.

Episod 7 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Perkahwinan Rais dan Anis diadakan dalam kesederhanaan. Sejurus itu, Rais berhasrat untuk membawa Anis tinggal dirumahnya yang tidak jauh daripada rumah Hajah Humairah dan Tok Ali. Mereka bersetuju dengan permintaan Adee dan berharap agar Adee dapat membimbing Anis ke jalan yang diredhai Allah SWT.

Suasana dalam rumah agak dingin. Anis malu-malu dengan Rais. Anis akhirnya mengumpul kekuatan untuk memberitahu hal sebenar tentang dirinya yang telah dinodai dahulu. Namun, Rais tidak memandang semua itu. Dia menerima Anis seadanya dan berharap agar Anis terus setia dengannya.

Episod 8 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Anis mengecapi kegembiraan maksima bersama Rais. Dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah untuk keluarga kecilnya. Kehidupan berumahtangga Anis dan Rais makin bahagia. Mereka juga makin serasi kerana sudah tiada rahsia di antara mereka lagi. Nomi mengunjungi Hajah Humairah.

Kesombongan Hajah Humairah tentang kehamilan Anis benar-benar menguji kesabaran Nomi. Nomi memburuk-burukkan Hajah Humairah yang nekad memperdagangkan cucu kepada lelaki yang lebih berusia. Perkahwinan Adee dan Anis adalah hanya untuk menyambung niatnya dahulu yang ingin melihat Rais menjadi menantunya. Perbualan itu didengari oleh Anis…

Episod 9 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Usai Nomi berlalu, Anis bertanyakan soal Rais dan arwah ibunya, Zaleha. Anis meminta penjelasan yang sebenar-benarnya kerana dia tidak mahu rumahtangga yang di bina berdiri atas kepura-puraan. Adee yang baru pulang akhirnya terpaksa menceritakan tentang kisah cintanya dengan Zaleha.

Kerana lelah dengan sikap Anis, Rais memaksa Anis untuk mengikutnya ke suatu tempat di dalam hutan. Anis di bawa ke sebatang pokok. Anis terkejut dengan ukiran yang terukir pada batang pokok itu.

Episod 10 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Rais redha dengan pilihan Zaleha dan tidak pernah menyalahkan sesiapapun. Walaupun Zaleha sudah mendirikan rumahtangga dengan lelaki lain, itu bukan alasan untuk Adee mengabaikan Tok Ali dan Hajah Humairah yang dahagakan kasih sayang dan semakin uzur. Namun, Anis masih was-was dengan cinta Rais. Dia merasakan Rais berkahwin dengannya atas dasar simpati kerana dia sudah tiada lagi. Rais tidak ikhlas untuk berkahwin dengannya.

Anis merajuk dengan Rais. Anis terpaksa melepaskan Rais untuk masuk ke hutan. Jelas Anis gusar dengan pemergian suaminya itu. Hajah Humairah ada berpesan kepada Rais supaya jangan mencederakan atau membunuh haiwan di hutan, takut terkenan dengan anak dalam kandungan Anis. Rais berlalu dari rumah. Muncul Saddiq menegur Hajah Humairah.

Episod 11 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Saddiq memperkenalkan dirinya sebagai bekas kekasih Anis. Hajah Humairah sudah dapat meneka bahawa anak muda ini yang telah meragut kehormatan cucunya dan langsung tidak bertanggungjawab. Kekalutan lebih meruncing setelah Anis menyedari kehadiran Saddiq di rumah itu. Nomi merancang untuk menggugurkan kandungan Anis. Saddiq ternyata tidak bersetuju kerana dia masih cintakan Anis. Dia tidak mahu Anis kecewa atau jatuh sakit.

Nomi memberi kata dua kepada Saddiq sama ada dapatkan kembali cinta Anis atau Anis dan Adee akan makin bahagia dengan kandungan yang bakal dilahirkan itu nanti? Sekiranya kandungan Anis gugur, ini akan menyebabkan cinta Rais kepada Anis makin pudar dan tidak mustahil, Rais akan menceraikan Anis.

Episod 12 Bicara Cinta – Samarinda TV3

Hajah Humairah dan Tok Ali risau akan sikap Anis yang suka termenung dan kurang selera makan. Selain kesihatan Anis, mereka juga risau akan kesihatan dalam kandungan. Sikap Anis benar-benar menguji kesabaran Hajah Humairah.

Hajah Humairah sudah lelah sehingga tak larat nak nasihatkan Anis. Namun, lain jadinya apabila Hajah Humairah yang mencapai gelas yang diletakkan ramuan air akar kayu itu semasa sedang berbual-bual. Nomi kaget cuba menghalang namun tidak berjaya.

Bicara Cinta Episod 1-4, Adi Putra & Emma Maembong – Samarinda TV3

Exit mobile version