Baru-baru ni, kecoh kat media sosial dengan aduan dan rungutan pasal bil elektrik melambung tinggi waktu PKP. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi minta TNB semak kiraan bil. Ada lagi ke yang masih ada masalah bil elektrik tinggi? Kalau ada, silalah buat aduan kat mana-mana Kedai Tenaga segera.

Yang penting, pastikan apa yang diadu tu ada intipati. Macam mana? Jom belajar cara nak kira kos elektrik rumah –  selain salahkan TNB, barulah kita dapat tahu punca bil elektrik tu tinggi, barulah kita tahu barang elektrik mana yang banyak pakai duit. 

Tetapi, sebelum kita belajar bagaimana nak kira kos penggunaan elektrik. Tahu tak Malaysia ni ada peak hour dan off-peak hour untuk penggunaan elektrik? 

Skim tarif Time of Use (TOU) ni diperkenalkan untuk galakkan penggunaan elektrik yang berpatutan. Contohnya, kadar tarif semasa untuk off-peak hour (10 malam hingga 8 pagi) adalah lebih rendah daripada time peak hour (8 pagi hingga 10 malam).

Untuk pengetahuan, skim ni hanya digunakan untuk industri komersil, perindustrian, pertanian dan perlombongan – BUKAN untuk domestik.

Jika yang tinggal di kediaman komersial macam SoHo, SoVo dan SoFo, anda tertakluk kepada penilaian komersial, cukai tanah, caj telefon dan juga utiliti. Ini bermakna bil elektrik pun akan jadi lebih tinggi daripada kediaman biasa. 

Sebagai contoh, perbezaan ketara yang boleh tengok ialah caj minimum elektrik bulanan. TNB ada share yang caj minimum untuk premis komersil voltan rendah adalah RM7.20, sementara untuk premis domestik ialah RM3. Lihat tarif komersial di sini.

Selain tu, apartmen servis pun tertakluk kepada kadar komersil.

Cara nak kira kos elektrik bulanan 

Kos penggunaan elektrik untuk setiap isi rumah bergantung kepada saiz keluarga anda, lifestyle, bilangan dan umur peralatan elektrik, serta berapa lama guna barang tu. Anda boleh rujuk jadual kat bawah untuk tarif semasa bagi pengguna domestik.

BLOK TARIFCAJ SEMASA (RM/KWH)
Untuk 200 kWh (1 – 200 kWh) pertama sebulan0.218
100 kWh (201 – 300 kWh) seterusnya sebulan0.334
Untuk 300 kWh (301 – 600 kWh) seterusya sebulan0.516
Untuk 300 kWh (601 – 900 kWh) seterusnya sebluan0.546
Untuk kWh seterusnya (901 kWh ke atas) sebulan0.571

Cara kira penggunaan elektrik bulanan

Kiraan ini mungkin ambil masa sedikit. Tapi kalau dah selalu buat, okay je. Anda kena cari perkara di bawah :

  • Kapasiti peralatan elektrik atau elektronik dalam watt (W). Info ni selalunya tertera kat kotak barang tu. Kalau takde boleh lah tanya Encik Google.
  • Bilangan jam penggunaan barangan elektrik tu.

Formula penggunaan elektrik:
Bilangan Peralatan x Jumlah Kapasiti Peralatan (W) x Masa Penggunaan

Sebagai contoh, di bawah ni adalah peralatan yang digunakan dalam rumah anda dan jumlah penggunaan elektrik.

BILANGAN PERALATANJUMLAH KAPASITI PERALATAN (W)MASA PENGGUNAAN (JAM)JUMLAH PENGGUNAAN (W)
6 Lampu Kalimantang/Pendarfluor38 (6.3 setiap satu)51,140
1 Televisyen1004400
2 Kipas siling60 (30 setiap satu)4480
1 Peti Sejuk7002416,800
1 Seterika10000.5500
1 Cerek Elektrik10000.25250
1 Aircon95087,600

Jadi,jumlah penggunaan elektrik dalam kWh ialah
= (1,140 + 400 + 480 + 16,800 + 500 + 250 + 7,600) / 1000
= 27.17 kWh

Sekarang kita buat anggapan yang jumlah penggunaan elektrik adalah sama selama sebulan (30 hari). Ini bermakna penggunaan elektrik dalam tempoh sebulan ialah
= 27.17 kWh x 30 days
= 815.1 kWh

Kira kos elektrik yang perlu dibayar mengikut blok tarif semasa

Oleh itu, penggunaan elektrik anda akan dibahagikan mengikut tarif blok semasa (seperti di bawah). Konsepnya pengiraan dia sama macam tempat letak kereta kat shopping mall atau pejabat. 

Sekarang darabkan blok prorata dengan kadar tarif yang disetkan. Selanjutnya, anda merumuskan jumlah setiap blok tarif untuk mendapatkan jumlah kos penggunaan elektrik.

Anggaran unit (kWh): 815.1 kWh

BLOK TARIFBLOK PRORATA (KWH)KADAR (RM)AMAUN (RM)
2002000.21843.60
1001000.33433.40
3003000.516154.80
300215.10.546117.44
JUMLAH815.1349.24

Tapi, ni bukan amaun yang terakhir. Oleh kerana penggunaan elektrik korang untuk bulan tu melebihi 600kWh, yang lagi 215.1kWh tu akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.

Bukan itu saja, anda juga akan dicaj untuk Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) sebanyak 1.6% daripada jumlah penggunaan bulan tu. Caj ni tertakluk kepada semua pelanggan domestik kecuali kalau penggunaan elektrik tu adalah sebanyak 300kWh sebulan ataupun kurang.

Jadi jika rasa mahal, pastikan penggunaan elektrik tu kurang dari 300kWh sebulan. Dia akan caj RM77 je. Kalau rasa nak kurangkan lagi – bawah RM50, pastikan guna elektrik sebanyak 200kWh sebulan ataupun kurang.

Kiraan bil lebih 31 hari

Kaedah prorata akan digunakan untuk memperuntukkan unit untuk setiap blok tarif. Perlu diingat bahawa faktor prorata hanya akan digunakan untuk 600kWh pertama. Sebagai contoh:

Tempoh Pengebilan: 08.07.2016 – 14.08.2019 (37 Hari)
Jumlah unit (kWh): 1082 kWh
Faktor Prorata: 37 Hari / 30 Hari = 1.23

BLOK TARIFBLOK PRORATA(KWH)KADAR (RM)AMAUN (RM)
200200 x 1.23 = 2460.21853.62
100100 x 1.23 = 1230.33441.08
300300 x 1.23 = 3690.516190.40
3001082 – (246 + 123 + 369) = 4440.546242.42
JUMLAH1082527.52

Mengikut jadual kat atas ni, kos penggunaan elektrik adalah RM527.52 (tak termasuk cukai perkhidmatan dan KWWTB).

Sekurang-kurangnya kita faham apa yang diadukan tu dan cara-cara nak buat aduan ke TNB. Barulah rasa tak kecewa sebab kena auta ataupun sakit hati. 

Apa-apa pun, diharap penjelasan ini tu dapat membantu bila ada masalah bil elektrik melambung tak tentu pasal. Selain tu, ia juga boleh tolong pantau barang yang banyak sedut elektrik. Jangan lupa untuk berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan ya!

Lagi satu, jangan lewatkan pembayaran bil tau. TNB akan kenakan caj 1% daripada jumlah penggunaan bulan tu.

Harap membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *