Site icon Geng Borak

Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB

Billion dolar whale bahasa melayu

Pada tahun 2009, ketika krisis kewangan belum benar-benar pulih, seorang graduan Wharton yang lembut orangnya melakukan penipuan yang amat besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini – yang kemudian melambangkan ancaman yang seterusnya kepada sistem kewangan global.

Nama lelaki itu ialah Jho Low, orang yang mempunyai perwatakan yang luar biasa sehingga terasa ia dibuat-buat. Jika pada zahirnya JhoLow kelihatan pemalu, tetapi sebenarnya dia lelaki mata duitan yang suka bercakap besar dan suka bergaul dengan orang kenamaan.

Dia yang baru lulus kolej, berjaya memujuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, untuk menubuhkan sebuah dana pelaburan yang dikenali 1MDB. Low yang mengarahkan 1MDB dari belakang tabir, berjaya mendapatkan $10 bilion dengan bantuan Goldman Sachs dan yang lain-lain.

Sepanjang setengah dekad yang berikutnya, dia melesapkan berbilion-bilion dolar – yang digunakan untuk membiayai pilihan raya, untuk membeli harta tanah yang mewah, menerbitkan filem-filem Hollywood, antaranya The Wolf of Wall Street, dan mengadakan parti-parti yang berlimpah-ruah dengan champagne di setiap pelosok dunia.

Sifat dermawan Low membuat dia disenangi oleh semua orang, termasuk selebriti seperti Leonardo DiCaprio dan Jamie Foxx, model terkenal seperti Miranda Kerr. Dia juga menjadi penyumbang utama kepada Presiden Obama.

Yang anehnya, tidak ada siapa yang sedar apa yang sedang berlaku – baik bank-bank global yang seolah-olah menutup mata terhadap transaksi wang yang berjumlah berjuta-juta dolar itu, mahupun pemantau-pemantau sistem kewangan yang rasmi. 

PENULIS

Tom Wright dan Bradley Hope, wartawan Wall Street Journal yang pernah memenangi anugerah, telah mendedahkan berpuluh-puluh cerita tentang skandal 1MDB. Kini, buat pertama kali, mereka mendedahkan cerita yang lengkap mengenai rompakan yang paling besar dalam lipatan sejarah. Buku Billion Dollar Whale adalah setanding buku Liar’s Poker dan Den of Thieves yang menjadi kisah klasik yang mengganggu perasaan yang menceritakan dunia kewangan yang megah diri dan tamak haloba. 

Tom Wright ialah wartawan Wall Street Journal yang berpengkalan di Hong Kong. Pada tahun 2011, dia adalah antara wartawan pertama yang tiba di tempat kejadian apabila Navy SEALS membunuh Osma bin Laden. Dia ialah finalis Pulitzer, pemenang Loeb dan telah menerima pelbagai anugerah daripada Society of Publishers di Asia, yang pada tahun 2016, menobatkan dia ‘Journalist of the Year.’ Dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Perancis, dan bahasa Itali. 

Bradley Hope membuat laporan dari kota London tentang kewangan dan penyalahgunaan kuasa untuk Wall Street Journal. Sebelum itu, dia bertugas sebagai wartawan selama enam tahun di Timur Tengah, dan telah membuat liputan tentang Kebangkitan Dunia Arab (Arab Spring). Dia ditahan oleh pihak berkuasa di Bahrain, membuat laporan dari barisan hadapan dalam perang saudara di Libya, dan pernah terkena gas pemedih mata dalam rusuhan di Mesir. Bradley ialah finalis Pulitzer dan pemenang Loeb, dan pengarang Last Days of the Pharaob iaitu buku tentang Hosni Mubarak.

REVIEW  

“Buku yang sungguh hebat! Kisah ngeri yang benar-benar berlaku yang terasa seakan-akan terjadi dalam filem Hollywood. Billion Dollar Whale melakarkan angkara pemain utama penuh misteri dan yang anginnya sangat mudah berubah-ubah yang belum pernah berlaku dalam lipatan sejarah. Jho Low ialah Gatsby yang berganda-ganda lebih kaya dan berganda-ganda lebih tinggi impiannya dan angkaranya seperti mana yang dilakarkan adalah cukup hebat!”  – BEN MEZRICH, pengarang buku terlaris The Accidental Billionaires dan Bringing Down the Horse, New York Times  

“Penulis cereka yang paling berbakat sekalipun akan berasa sukar untuk menggambarkan protagonis Billion Dollar Whale yang korup dan penuh warna-warni ini. Gambaran yang sangat menarik tentang Jho Low dan konco-konconya dalam sistem kewangan global yang ditulis oleh Bradley Hope dan Tom Wright akan membuat anda berasa terpegun dan dalam masa yang sama berasa marah.”  – SHEELAH KOLHATKAR, penulis yang bertugas di New Yorker dan New York Times dan pengarang buku terlaris Black Edge

“Kisah yang dilaporkan dengan cara yang menarik dan luar biasa tentang penipuan yang merentasi dunia yang dilakukan oleh Gatsy zaman moden.”  – JESSE EISINGER, wartawan yang memenangi Pulitzer Prize, ProPublica, dan pengarang The Chickenshit Club”Billion Dollar Whale bukan sahaja mendedahkan penipuan kewangan yang amat besar, ia juga membawa pembaca mengenali dengan lebih dekat suatu penipuan yang berterusan bertahun-tahun lamanya.’  – GREGORY A. COLEMAN, ejen khas FBI yang sudah bersara, ejen kes, siasatan ‘Wolf of Wall Street

Format: Softcover
Tebal: 436 (termasuk 8 muka surat berwarna)
Kertas: Bulky
Penulis: Tom Wright & Bradley Hope
Penerbit: ZI Publications

Harga: RM70 + RM7 postage (Semenanjung Malaysia)
Sesiapa yang berminat membeli, boleh klik button Whatsapp di bawah.

Exit mobile version