Nama Kim Pan Gon menjadi sebutan setelah perletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih Harimau Malaya. Secara rasminya pada 21 Januari 2022, Persatuan Bola Sepak Malaysia telah mengumumkan Kim Pan Gon sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya. Ramai yang tertanya-tanya latarbelakang atau biodata Kim Pan Gon ini.
Kim dilahirkan di Jinju, sebuah bandar kecil di Wilayah Gyeongsang Selatan, Korea Selatan. Beliau dilahirkan dalam keluarga miskin dan ditanggung oleh abangnya. Kim suka bola sepak, tetapi sekolah rendahnya tidak mempunyai pasukan rasmi.
Untuk bermain bola di sekolah menengah, beliau mendaftar di Sekolah Tinggi Changshin di Masan, dan Universiti Honam, sebuah sekolah bola sepak bukan tradisional terkenal yang beliau hadiri di kolej.
Biodata Penuh Kim Pan Gon
Nama penuh : Kim Pan-gon
Tarikh lahir : 1 Mei 1969
Tempat lahir : Jinju, Korea Selatan
Ketinggian : 1.82 m (6 ka 0 in)
Lesen Kejurulatihan : UEFA Pro Licence
Warganegara : Korea Selatan dan Hong Kong (Mac 2016)
Anugerah (Ogos 1999) :
- Kejohanan Bola Sepak Sekolah Menengah Jeju Paenokgi – Pemenang
- Anugerah Jurulatih Terbaik Kejohanan Bola Sepak Sekolah Menengah Jeju Paenokgi
- Piala Presiden Persatuan Bandaraya Seoul – Pemenang
- Anugerah Ketua Jurulatih Terbaik Piala Presiden Persatuan Bandaraya Seoul
Kerjaya Kelab :
Tahun | Pasukan | Kemunculan |
---|---|---|
1992–1996 | Ulsan Hyundai | 58 |
1997 | Jeonbuk Hyundai Motors | 2 |
2000–2001 | Instant-Dict | 31 |
2001–2003 | Double Flower | 36 |
2003–2004 | Buler Rangers | 21 |
Kerjaya Pengurusan :
2003–2004 | Buler Rangers |
---|---|
2005–2008 | Busan I’Park (pembantu) |
2008–2010 | South China |
2009 | Hong Kong B-23 |
2009–2010 | Hong Kong |
2011 | Gyeongnam FC (pembantu) |
2012–2013 | Hong Kong B-23 |
2012–2017 | Hong Kong |
2017–2021 | Korea Selatan (Naib Presiden) |
2022– | Malaysia |
Kim Pan-gon yang lahir 1 Mei 1969 ialah pengurus bola sepak Korea Selatan yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Kim memegang Diploma Kejurulatihan Bola Sepak Profesional AFC & UEFA Diploma kelayakan kejurulatihan bola sepak tertinggi di Asia & Europah.
Pada 21 Januari 2022, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa mereka telah melantik Kim Pan-gon sebagai jurulatih pasukan kebangsaan yang baharu. Pelantikan Kim turut diiringi empat pembantu pilihannya.
Mereka terdiri daripada pegawai analisis dan kecergasan, penolong jurulatih dan jurulatih teknikal. Kim ditawarkan kontrak selama dua tahun dan akan disambung sekiranya FAM berpuas hati dengan prestasi skuad negara pada masa hadapan