Nama Lee Zii Jia yang merupakan pemain badminton negara menjadi bualan orang ramai apabila pukulan kilas (backhand) ketika berdepan pemain No. 1 Dunia, Kento Momota menjadi tular di media sosial. Untuk makluman, Lee Zii Jia merupakan pemain badminton perseorangan lelaki yang berasal dari Alor Star, Kedah dan kini berkedudukan ranking ke-10 dunia (17 Mac 2021).

Lee Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak awal berumur 5 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambungkan pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri Persatuan Badminton Malaysia.

Biodata Lee Zii Jia Pemain Badminton Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat mengenai biodata pemain badminton Malaysia, Lee Zii Jia:

Nama Penuh: Lee Zii Jia
Nama Popular: Lee Zii Jia
Tarikh Lahir: 29 Mac 1998
Umur: 23 Tahun
Tempat Lahir: Alor Star, Kedah
Ketinggian: 1.85 m
Berat : 78 kg
Career Title: 2
Handedness: Kanan
Ranking Terkini: 10 dunia
Rekod karier : 157 menang, 71 kalah
Jurulatih : Indra Wijaya, Misbuk Sidek, Hendrawan

Pencapaian Lee Zii Jia

Sukan Asia Tenggara

Perseorangan lelaki

TahunTempatLawanMarkahPencapaian
2019Kompleks Sukan Muntinlupa, Metro Manila, Filipina Loh Kean Yew21–18, 21–18 Emas

Kejohanan Dunia Remaja BWF

Perseorangan lelaki

TahunTempatLawanMarkahPencapaian
2016Bilbao Arena, Bibao, Sepanyol Chico Aura Dwi Wardoyo19–21, 18–21 Gangsa

Jelajah Dunia BWF (1 gelaran, 1 naib juara)

Perseorangan lelaki

TahunKejohananTahapLawanMarkahPencapaian
2018Korea MasterSuper 300 Son Wan-ho16–21, 11–21Tempat kedua, pemegang pingat perak Naib juara
2018Terbuka Cina TaipeiSuper 300 Riichi Takeshita21–17, 16–21, 21–11 Juara

Pada Mac 2020, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke pertandingan Terbuka Seluruh England 2020, kali ini merupakan aksi pertama di kejohanan tersebut. Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peingkat separuh akhir Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor dengan mengambil masa selama 73 minit. Pencapaian beliau telah meningkatkan rangking dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.

Semoga pemain badminton negara Lee Zii Jia dapat mencipta dan melakar kejayaan bersama dengan pasukan Badminton Malaysia!

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge