Buah cermai sedap

Agak-agak kalau tanya budak sekarang kenal tak apa itu buah cermai? Kalau sebut sahaja buah mesti kita ingat buah durian, rambutan, ciku, langsat, mangga, manggis dan semualah. Tapi cuba tanya cermai. Ha apa tu? Buah tu ada ke? Mungkin ini yang akan terkeluar daripada mulut mereka.

Ok jom kita berkenalan dengan buah cermai.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan. Buah ini biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis).

Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat.

buah cermai

Buah cermai mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita.

Cermai juga diketahui menyimpan banyak mineral seperti zat besi dan vitamin seperti Karotenoid dan Vitamin B kompleks, yang sudah pasti boleh mencegah berbagai penyakit.

Dalam buah ini juga tersimpan kandungan tannin, quercetin, dan flavonoid yang cukup tinggi baik di saat muda ataupun matang. Meski tak popular, kandungan antioksidan di dalam cermai adalah cukup tinggi. Tambah lengkap dengan kandungan serat di dalam buah cermai serta sejumlah enzim yang membantu proses pencernaan.

Ok boleh faham tak?

Baca juga : 7 Mitos Makan Durian, Fakta Atau Auta?

Artikel Berkaitan : Minum Air Pangsa Lepas Makan Durian, Ini Penjelasan Doktor

rojak buah cermai

Manfaat buah cermai

  1. Antioksidan – Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh badan kita.
  2. Menjaga kadar kolesterol darah – Cermai juga boleh menjaga kadar kolesterol darah dalam badan kita.
  3. Diabetes – Jangan tak percaya kerana buah ini mengandungi kadar polifenol yang tinggi dan seterusnya dapat melindungi tubuh kita dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi.
  4. Melindungi hati – Cermai dapat digunakan untuk melindungi hati kita dari kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh bahan kimia atau alkohol.

Inilah diantara kebaikan yang kita perolehi daripada buah cermai. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge