Perbuatan buli bukan sahaja menunjukkan hilangnya sifat kemanusiaan, bahkan satu penganiayaan yang menjurus kepada jenayah di mana ianya juga di sisi agama bermakna merendahkan martabat insan. Kesan perbuatan buli bukan sahaja boleh memberi kesan kepada fizikal, tetapi selalunya mencederakan mental seseorang.

Ramai yang melahirkan rasa marah, kecewa dan geram apabila tersebarnya video seorang pelajar yang dibuli di asrama oleh sekumpulan pelajar senior yang berlagak seperti samseng sekolah.

Walaupun polis dilaporkan telah menahan beberapa pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berkaitan kes buli secara kekerasan ini, namun ia belum lagi meredakan kebimbangan dan keresahan para ibu bapa serta penjaga yang mempunyai anak di asrama.

Kes Buli MRSM

Islam merupakan agama yang benar-benar menjaga dan memelihara umat Islam di mana setiap perlakuan baik atau jahat adalah berbalik ke atas diri sendiri sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah Isra’, ayat ke-7.

Islam melarang adanya sikap buli-membuli sesama insan. ALLAH SWT begitu memuliakan dan mengangkat martabat manusia, (namun) kita pula telah melakukan jenayah buli.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mengikuti perkembangan dan pembesaran anak-anak tanpa membiarkan mereka kehausan kasih sayang dan perhatian. 

Sekarang zaman dunia di hujung jari. Ibu bapa perlu pantau dengan siapa anak berkawan dan apa yang mereka tonton. Ketahuilah, bahaya penggunaan media sosial yang melampau tanpa pengawasan rapi oleh ibu bapa. 

Gambar Hiasan

Berat hati dan perasaan ibu bapa dan penjaga bila melihat anak mereka dibuli sehingga mengakibatkan kecederaan mental dan fizikal, malah ada membawa kepada kes kematian.

Sudah tiba masanya kerajaan melihat perkara ini sebagai isu paling serius dan perlu ditangani melalui pelaksanaan undang-undang yang lebih keras.

Sekiranya anak di asrama, sentiasalah jenguk mereka. Berikan mereka perangsang dan kata-kata semangat untuk menimba ilmu, sekali gus menjadi pelajar berakhlak mulia seperti yang dituntut agama Islam.

Pusat Kaunseling Selangor Talian Sahabat
Gambar Hiasan

Selain peranan ibu bapa, pihak sekolah khususnya dan pihak berwajib amnya hendaklah sentiasa berusaha membanteras gejala buli ini agar institusi pendidikan di negara kita dapat terjamin kesejahteraannya. Satu tindakan yang sangat tegas harus diambil oleh pihak wajib kepada pelajar terlibat dengan kegiatan buli agar gejala buli ini berjaya dikekang secara keseluruhannya. 

Pun begitu, persaingan yang sihat seperti berlumba-lumba mencapai kejayaan di dalam peperiksaan dan mencipta rekod terbaik di sekolah juga hendaklah ditanamkan sejak awal bangku persekolahan lagi demi membentuk sahsiah murid cemerlang

Cukup-cukuplah kita membiarkan anak-anak menjadi mangsa buli di asrama. Kita tidak mahu ada lagi ibu bapa dan penjaga mengalirkan air mata kerana anak mereka menjadi mangsa buli. 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge