Mengerjakan ibadah haji dan umrah di Tanah Suci.
Itu yang paling ramai orang Islam mahu laksanakan dan impian setiap tahun. Paling kurang pun sekali seumur hidup. Pasti seronok dan terkenangkan keindahan dan kekhusyukan serta pengalaman di sana.
Nak ke sana, perlu ada persediaan. Dan perlu ada kelengkapan secukupnya. Selain ilmu untuk melakukan ibadah haji dan umrah, kelengkapan pakaian dan peralatan juga memang penting.
Pengalaman peribadi tahun lepas, perlu bawa kelengkapan yang secukupnya walaupun sekecil-kecil barang agar tidak alami kesukaran di sana. Dan aku juga beli beberapa barang di Butik Haqqi yang terletak di Bangi Sentral. Kali ini mereka dah berpindah ke lokasi baru yang berhampiran juga.
Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan haji dan umrah. Selain itu, terdapat pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita.
Yang bagusnya, tahun ni merupakan tahun keempat Haqqi bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan memantapkan Haqqi sebagai hab kelengkapan Haji dan Umrah. Buat masa ini, terdapat cawangan di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.
Pasti menarik perancangan Butik Haqqi ini untuk kembangkannya di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Ini seterusnya membawa jenama tempatan di sana.
Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji dibantu dengan pengurusan baru Dr. Fitri Haris nampaknya akan mengorak langkah lagi. Dulunya Dr. Fitri Haris adalah duta selama setahun dan dapat penajaan Haqqi sepanjang Gema Gegar Vaganza.
Pelancaran Butik Haqqi 2020 ini turut dihadiri Penolong Pengurus Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB), Noorsamah Awang di Bandar Baru Bangi
Dan dengan gabungan ini, pasti akan memberikan yang terbaik buat pelanggan.
Mereka yang nak ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah, sudah pasti mahukan kelengkapan yang selesa. Bukan hanya kain ihram dan telekung sahaja, ada juga aksesori lain seperti spray wuduk, stokin, losyen, uncang kasut dan batu, tali pinggang, tasbih digital dan beberapa lagi kelengkapan.
Ada juga yang mahukan pakej yang sudah siap semuanya untuk kelengkapan peralatan ibadah haji dan umrah. Pastinya lebih mudah dan yang penting ibadah dapat dilakukan dengan khusyuk dan selesa.
Sambil membeli-belah, pelanggan juga boleh beramal kerana ada peratusan bagi setiap pembelian berkenaan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan dan sukarelawan membawa jemaah haji.
Nak pahala hack?
Boleh beli kelengkapan haji dan umrah di Butik Haqqi, dan hadiahkan kepada tetamu-tetamu ALLAH yang ke Tanah Suci. Bagus kan?
Bagi yang nak cari barangan kelengkapan haji dan umrah boleh ke cawangan Butik Haqqi yang berdekatan.
Pembelian ONLINE di www.haqqi.com.my
(24 jam)Whatsapp : +6011 10626485
Call Center : +6011 10626485
(ISNIN-AHAD : 10am-7pm)
Instagram : @haqqi.com.my https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
Twitter: @haqqi_official https://twitter.com/haqqi_official
Facebook: @haqqi.com.my https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
HAQQI BANGI SENTRAL
3-43, JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 8, BANDAR BARU BANGI 43650 SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA
+603-8912 1542
HAQQI SHAH ALAM
NO 37C, JALAN PLUMBUM P7/P, SHAH ALAM 40000 SELANGOR DARUL EHSAN MALAYSIA
+603-5523 4306
HAQQI TTDI
NO 14, JALAN WAN KADIR 4, 60000 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR MALAYSIA
+603-7732 2247
HAQQI TERENGGANU
PT 35341, TINGKAT BAWAH, DATARAN AUSTIN, KUALA TERENGGANU TERENGGANU MALAYSIA
+609-6627 367