Cabaran 30 Hari NESTLE OMEGA PLUS

Perhatian rakyat Malaysia! Anda mungkin mempunyai kolesterol tinggi dan tidak menyedarinya! Bertindaklah sekarang untuk menjaga kesihatan jantung anda dengan Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS.

Tahun ini, NESTLÉ OMEGA PLUS akan bekerjasama dengan BookDoc sebagai kesinambungan misinya untuk mendidik dan membangkitkan semangat rakyat Malaysia agar proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka.

Bermula dari sekarang sehingga 30 Jun ini, anda hanya perlu membeli produk NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sekurang-kurangnya RM20 untuk kelayakan menyertai cabaran ini. Kemudian, para peserta akan mendapat satu ujian profil lipid BP Healthcare secara percuma, dan mereka yang didapati mempunyai kolesterol low-density lipoprotein (LDL) yang tinggi atau berisiko akan layak memulakan perjalanan 30 hari mereka dengan NESTLÉ OMEGA PLUS.

Sebagai sebahagian daripada cabaran itu, para peserta turut akan mendapat kit-permulaan 5 hari yang percuma, serta sokongan daripada jurulatih kesihatan profesional melalui Aplikasi BookDoc bagi membantu perjalanan 30 hari ke arah paras kolesterol yang lebih sihat.

Nestle Omega Plus

Cabaran 30 Hari Yang Mudah

Penyertaan mudah sahaja! Dalam tempoh 30 hari ini, anda hanya perlu mengambil dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari. Ini adalah untuk membekalkan jantung anda dengan 1.2g sterol tumbuhan ActiCol yang dibuktikkan secara saintifik dapat merendahkan paras kolesterol**.

Paras kolesterol yang rendah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan anda merekodkan pengambilan NESTLÉ OMEGA PLUS anda dalam Aplikasi BookDoc dengan memuat naik foto setiap kali. Peserta yang berjaya mengurangkan paras LDL mereka dalam tempoh cabaran akan layak memenangi hadiah lumayan. Hadiahnya adalah termasuk percutian domestik bernilai RM5,000 atau kad baucar sukan bernilai RM500.

Ramai rakyat Malaysia tidak cakna akan bahaya kolesterol tinggi yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. Pada masa ini, empat daripada sepuluh rakyat Malaysia dewasa mempunyai kolesterol tinggi. Dan hampir separuh daripada mereka berumur bawah 40 tahun. Lebih membimbangkan lagi, hanya satu daripada empat yang menyedari status kolesterol tinggi mereka.

Baca juga : Nestle Omega Plus Teruskan Usaha Bina Negara Yang Sihat Jantung

Cabaran 30 Hari

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sebagai penyokong teguh kesihatan jantung di Malaysia selama lebih 20 tahun, NESTLÉ OMEGA PLUS percaya perjalanan ke arah kesihatan jantung yang lebih baik bermula dengan kesedaran terhadap faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi. Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS merupakan antara inisiatifnya untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini termasuk diet seimbang serta senaman tetap, disertai dengan dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari.

“Kami sangat teruja untuk meneruskan Cabaran 30 Hari dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengutamakan kesihatan jantung mereka. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai kami dalam perjalanan ini dan meraih manfaat daripada pengurangan paras kolesterol. Cabaran 30 Hari ini terus memotivasikan dan mendidik rakyat Malaysia agar lebih proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka. Dan kami yakin tahun ini, ramai lagi rakyat Malaysia akan menyahut cabaran ini,”. Kenny Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Tenusu dan Nutrisi Dewasa di Nestlé Malaysia.

Mulakan perjalanan anda ke jantung lebih sihat hari ini juga! Untuk maklumat lanjut dan menyertainya, layari Cabaran 30 Hari NESTLÉ OMEGA PLUS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge