Cara check ccris online

Semakan CCRIS online kini di hujung jari sahaja melalui laman web seliaan Bank Negara Malaysia, iaitu eCCRIS.

Bagi yang belum tahu, CCRIS (Central Credit Reference Information System) ini merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta untuk membantu mereka memeriksa sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila buat pendaftaran sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah :

Langkah 1

Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform

Langkah 2

Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:

  • 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
  • 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
  • 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)

Langkah 3

Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:

cara semakan ccris online bank negara

Cara Semakan CCRIS Secara Manual

Bagi yang tidak mahu membuat semakan CCRIS online, anda juga boleh melakukannya secara manual melalui cara berikut:

i) Kios

Anda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.

Sila bawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.

ii) Memohon di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM

Anda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.

Sila bawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).

Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.

iii) Memohon melalui surat

Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Pengisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
  •      Bil air;
  •      Bil elektrik;
  •      Bil telefon;
  •      Penyata akaun bank;
  •      Penyata kad kredit; atau
  •      Penyata KWSP.
Moratorium Bank Negara Malaysia

Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik di sini untuk muat turun borang.

Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn,
P.O Box 10922,
50929 Kuala Lumpur

Maklumat Lanjut eCCRIS

Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai semakan CCRIS online melalui sistem eCCRIS Bank Negara Malaysia, anda boleh menghubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut

  • Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
  • E-mel: [email protected]

2 Comments

  1. Dear Sir,
    I would like to register to know about my ccris report

Leave a Reply to Laila Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge