Site icon Geng Borak

Cara Buka Akaun Semasa Maybank Tanpa Guna Introducer

Buka akaun maybank semasa tanpa introducer

Jika anda sedang atau berhasrat untuk menjalankan perniagaan secara kecil atau besar, anda mesti kena ada akaun semasa perniagaan bagi memudahkan urusan. Anda tidak boleh gunakan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan.

Penggunaan akaun peribadi untuk tujuan perniagaan boleh menyebabkan akaun bank anda ditutup kerana terlalu banyak transaksi keluar dan masuk.

Untuk membuka akaun semasa perniagaan, prosesnya tidak sama dengan akaun peribadi. Ada syarat-syarat tertentu.

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat membuka akaun semasa perniagaan dan cara buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer atau pencadang.

SYARAT BUKA AKAUN PERNIAGAAN

Antara beberapa syarat yang dikenakan oleh kebanyakan syarikat perbankan termasuk Maybank untuk membuka akaun perniagaan adalah:

Siapa Yang Boleh Jadi Introducer?

Introducer atau pencadang ini selalu wajib kena ada semasa membuka akaun perniagaan Maybank. Orang yang boleh menjadi introducer adalah kenalan anda yang mempunyai akaun Maybank tetapi dengan syarat akaunnya aktif dan berusia sekurang-kurangnya dua tahun.

Introducer juga tidak boleh ada senarai cek ditendang atau sejarah buruk dalam akaun banknya. Mereka juga wajib ada cop perniagaan yang jelas dan menunjukkan nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.

Introducer diperlukan semasa mengisi borang untuk membuka akaun.

Baca juga : Cara Daftar Aplikasi MAE Maybank dan Dapatkan RM10 Percuma

CARA BUKA AKAUN PERNIAGAAN MAYBANK TANPA INTRODUCER

Pasti leceh kan bila fikirkan nak cari introducer? Maklumlah, tidak semua orang ada kenalan yang mempunyai akaun perniagaan. Bukan senang nak cari.

Ada caranya untuk anda buka akaun perniagaan Maybank tanpa introducer. Anda boleh lakukan secara online sahaja dengan langkah mudah.

1. Layari Laman Maybank2u

Layari laman web Maybank2u. Di sudut sebelah kanan klik pada “RECOMMEND ME AN ACCOUNT” dalam kotak hijau.

2. Isi Detail yang Diperlukan

Masukkan detail yang diminta seperti jualan perniagaan, jumlah pekerja, jenis akaun, jenis perniagaan dan lokasi pendaftaran perniagaan. Selesai isi, klik “RECOMMEND ME AN ACCOUNT”

3. Akaun Akan Dicadangkan

Maybank ada menyediakan 10 jenis akaun perniagaan. Setelah anda isi maklumat seperti di atas, anda akaun dicadangkan satu jenis akaun yang bersesuaian dengan maklumat perniagaan anda. Contohnya ia akan keluar satu jenis akaun seperti ini.

4. Klik ” I WANT TO APPLY NOW”

Jika anda ingin membuka akaun terus, klik pada ” I WANT TO APPLY NOW”.

5. Isi Maklumat Perniagaan

Isikan maklumat perniagaan anda secara lebih terperinci seperti yang diminta. Ikut langkah yang diberikan.

Tekan save & Next sehingga selesai 100%. Selesai!

Selesai mendaftar di Maybank2u, anda akan diminta untuk pergi ke cawangan Maybank terdekat dan bawa dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan dan kad pengenalan asli, salinan SSM dan deposit sebanyak RM1000 untuk aktifkan akaun.

Anda kini boleh buka akaun Maybank tanpa introducer. Selamat mencuba.

Exit mobile version